27: Cengkaman Cinta?

1.9K 168 40
                                    

"Ada apa kanda ingin berbicara dengan dinda?" Soal Putera Iskandar sambil menarik busur panah dan melepaskannya tepat ke sasaran di papan hadapan.

Putera Rizal mengeluh panjang. Pedang kayu di tangan dipacakkan ke tanah. Baginda memalingkan tubuh ke arah Putera Iskandar, dan menunggu sehingga baginda memberikan perhatian sepenuhnya.

"Kanda minta agar dinda lepaskan Kiran sebagai guru dinda," pinta Putera Rizal.

Putera Iskandar mengecilkan mata, mencuba untuk mencerna ayat yang baru didengari baginda, "apa maksud kanda?"

"Kanda perlukan Kiran untuk menjadi guru kanda dan Puteri Menchanai. Dinda tidak kisah, kan?" Balas Putera Rizal dengan perasaan berdebar.

"Maksud kanda? Maaf, dinda kurang mengerti," soal Putera Iskandar lagi.

"Kiran jadi guru kanda. Kanda ingin belajar ilmu yang dia ada. Kalau boleh kanda tidak ingin Kiran mengajar dinda lagi. Biarlah dia berkhidmat dengan kami pula," jawap Putera Rizal.

Putera Iskandar tersenyum senget dan membuang pandangan jauh. Sakit hati dirasakan baginda sekarang. Busur panah digenggam kuat. Dada turun naik dengan laju.

"Kenapa kanda suka sangat dengan Kiran?" Terluah juga akhirnya teka- teki yang lama dipendamkan baginda.

"Kenapa dengan dinda? Salahkah kanda ingin berguru dengan Kiran? Kanda ingin menimba ilmu darinya. Lagipun kanda dan Kiran memang kawan baik. Kiran juga senang dengan kanda. Dinda tahu tentang itu, bukan?" Balas Putera Rizal.

"Ah! Itu cuma alasan! Kanda bukan ingin belajar. Kanda menyimpan perasaan terhadapnya, bukan?" Laju Putera Iskandar menikam pandangan ke dalam mata Putera Rizal.

"Apa yang dinda merepek ni? Apa dinda sudah hilang akal? Kiran, lelaki. Lagipun kanda sudah beristeri. Bagaimana mungkin kanda berminat dengan kaum sejenis?" Suara Putera Rizal naik seoktaf. Baginda berusaha untuk menegakkan benang yang basah.

"Ah! Dinda tidak percaya. Kenapa kanda begitu mengambil berat terhadapnya? Usah beri alasan ingin belajar. Semua orang mengetahui tentang kebijaksanaan kanda. Kanda bahkan mungkin lebih bijak daripada Kiran," balas Putera Iskandar.

"Kenapa dinda tidak ingin melepaskan Kiran? Bukankah dinda benci akan dia? Kiran sendiri ada bercerita dengan kanda yang dia tidak selesa dengan dinda. Kanda kasihan melihat dia. Sudahlah dia hidup sebatang kara di negeri ini," keluhan panjang dihela dan bahu Putera Rizal jatuh, menghayati setiap bait kata.

"Dia tidak selesa dengan dinda?" Putera Iskandar menarik senyuman senget kemudian mendengus geram.

Putera Rizal berdiam, tidak meresponi tanda mengiyakan kenyataan baginda.

"Baiklah. Kalau begitu, dinda tidak akan melepaskan guru dinda kepada kanda. Dinda akan buat sampai dia selesa dengan dinda," ucap Putera Iskandar, lalu meninggalkan Putera Rizal serta merta.

Putera Rizal memandang Putera Iskandar tanpa berkedip. Hati baginda merasa tidak sedap. Sepertinya baginda bukan sahaja ada lawan dalam perebutan kuasa, tetapi juga sekeping hati.

-----

"Sedap nasi ayam ini. Tidak pernah beta menikmati hidangan selazat ini," puji Sultan Sulaiman sambil menikmati hidangan yang disajikan.

"Betul kanda. Dindalah yang memberi cadangan kepada tukang masak untuk menyediakan santapan ayam untuk hari ini, kerna dinda tahu kanda suka sangat makan ayam," getus Permaisuri Kemboja sambil tersenyum puas.

"Terima kasih, dindaku," balas baginda sultan.

"Ye, sedap sangat kan, kanda? Malangnya air tangan orang lain," perli Permaisuri Amina.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now