42: Rahsia Pecah (bhg 1/2)

2.6K 188 107
                                    

Putera Iskandar bergegas keluar dari bilik belajar, meninggalkan Puteri Mawar. Baginda putera mencari kelibat Kirana namun tidak menemukannya.

"Pengawal, ada nampak Kiran?" Tanya baginda kepada pengawal- pengawal yang berjaga di luar istana.

"Ampun tuanku. Patik tidak melihatnya dari tadi," jawab seorang pengawal yang mewakili mereka yang lainnya.

Tanpa berlengah, baginda mencari Kirana di merata tempat tetapi masih gagal. Malah, baginda juga mencari di bilik tidur dan dapur istana.

Baginda bimbang tentang keadaan Kirana. Mesti dia rasa sedih atas kata- kata cacian Puteri Mawar tadi. Hati baginda terguris apabila membayangkan bagaimana perasaan Kirana ketika ini.

Sudah agak lama baginda mencari Kirana, namun dia masih belum ditemukan. Mungkinkah Kirana pergi meninggalkan istana seperti mana yang diarah oleh Puteri Mawar? Baginda menjadi gusar. Apakah mungkin dia sudah lari meninggalkan baginda?

Fikiran baginda kian bercelaru. Ke mana agaknya Kirana lari? Baginda bergegas ke bilik tidur Kirana sekali lagi untuk memeriksa Kirana. Baginda hampa dan terduduk di birai katil Kirana.

Di mana lagikah dia akan berada selain kawasan istana? Baginda menolak kemungkinan yang Kirana meninggalkan istana dan baginda.

Air terjun.

Tiba- tiba muncul buah fikiran baginda. Bagai orang yang baru pulih semangat, baginda berlari keluar dari istana dan mendapatkan Satria.

Satria dipecut laju ke kawasan air terjun. Setibanya di sana, baginda turun dari kuda hitam itu dan berlari anak ke buaian di sana.

Langkah baginda terhenti. Nafas lega dihela. Baginda terharu melihat Kirana ada di situ. Kirana yang sedar akan kehadiran baginda berdiri memandang baginda dengan hairan.

Baginda terus meluru ke arah Kirana lalu memeluknya erat. Kirana hanya membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu. Keningnya bertaut mencuba untuk mencari penyebab baginda berbuat sedemikian.

"Kenapa ni?" Tanya Kirana setelah beberapa ketika.

"Jangan tinggalkan aku," jawab baginda seraya tangan baginda merangkul kemas tubuh Kirana.

Keluhan berat dilepaskan. Tangan Kirana naik dan mengusap perlahan belakang baginda.

"Janji dengan aku, kau tidak akan tinggalkan aku lagi," ujar baginda lagi.

"Sampai bila?" Soal Kirana dengan suara yang perlahan. Kepalanya didaratkan ke dada baginda.

Degupan jantung baginda yang laju kedengaran. Dan itu membuatkan jiwa Kirana tenang.

"Entah," balas baginda. Baginda tidak pasti sampai bilakah mereka akan kekal begini?

"Aku tahu sampai bila. Sampai kau kahwin dengan Puteri Mawar," jawab Kirana lalu menolak perlahan tubuh baginda.

"Jangan," baginda menarik kembali Kirana ke dalam pelukan. Meskipun jawapan Kirana ada kebenarannya, tetapi biarlah mereka menikmati saat indah seperti ini sebelum masa sendiri yang menentukan.

Merasakan diri seperti diperalatkan, Kirana menolak dengan kuat tubuh baginda sehingga baginda terdorong ke belakang.

"Aku nak balik," ucap Kirana dengan keras, kemudian berpaling dan mengorak langkah meninggalkan baginda.

Tiba- tiba pinggang Kirana dirangkul dari belakang, lantas mematikan langkahnya.

"Maafkan aku kerana pentingkan diri sendiri. Maafkan aku. Aku tidak mampu berjauhan darimu meskipun aku tahu di antara kita tidak ada penamat yang bahagia," bisik baginda di telinga Kirana.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now