26: Tujuh Hari Tanpamu

1.7K 152 42
                                    

"Ayahanda, anakanda datang mengadap. Ada apa ayahanda panggil anakanda?" Putera Iskandar mengangkat sembah di hadapan Sultan Sulaiman di balairung utama.

"Ya, ayahanda ingin meminta kau untuk mengepalai sebuah kekacauan yang terjadi di hujung negeri ini. Ayahanda sudah sediakan tiga ratus tentera buat kau," titah baginda sultan.

"Anakanda menjunjung titah ayahanda. Tetapi, bolehkah anakanda tahu apakah punca kekacauan itu dan siapakah mereka itu?" Soal Putera Iskandar dengan hati yang panas dan semangat yang berkobar- kobar.

"Mereka dari Negara Tanjung Perak. Menurut Bendahara Sakam, mereka ingin masuk ke dalam negara kita dan mencuri sebahagian sumber makanan negara kita, memandangkan negara mereka sudah lama tidak dituruni hujan selama setahun lebih," jawap baginda. Tangan baginda mengepal buku lima tanda marah dan kesal dengan tindakan Negara Tanjung Perak yang tidak wajar itu.

"Cis! Berani sungguh mereka. Usah khuatir, ayahanda. Anakanda akan pastikan tidak seorang pun dari tentera mereka akan berdiri sebelum matahari terbenam," cetus Putera Iskandar.

"Bagus! Ayahanda tahu, hanya kau seorang yang boleh ayahanda harapkan untuk menjaga keamanan negara kita ini," ujar baginda, lalu berdiri dan menepuk- nepuk bahu Putera Iskandar.

"Anakanda siap menurut perintah, ayahanda," kata Putera Iskandar lalu mengangguk.

"Kalau begitu, kau pergilah sekarang. Perjalanan ke hujung negeri mengambil masa dua hari. Ayahanda doakan semoga kau pulang dengan selamat dan membawa kemenangan," titah baginda.

--------

Putera Iskandar mengambil pedang pusaka milik baginda dan menyisipnya ke sisi pinggang baginda. Kesemua alat perlengkapan sudahpun tersedia. Beberapa hulubalang terpilih sudah berada di luar istana, menanti waktu keberangkatan.

Baginda berkira- kira ingin menemui Kirana sekejap, untuk mengabarkan berita pemergian baginda untuk beberapa hari.

"Hulubalang Hitam, beri beta sedikit waktu lagi. Beta ingin menemui guru beta," cetus baginda putera.

"Tapi, tuanku... kita sudah tidak punya masa. Moleklah kalau sekiranya kita berangkat sekarang. Patik khuatir, jika kita melengahkan masa, pihak musuh akan bergerak ke sebuah tempat yang kita sukar kesan," terang Hulubalang Hitam.

"Beta faham. Tapi, beta harus mengabarkan tentang pemergian beta kepada guru beta. Beta takut nanti, dia akan menunggu beta di dalam bilik belajar nanti," ujar baginda yang masih ingin menemui Kirana.

"Ampunkan patik, tuanku. Patik percaya, guru tuanku akan dimaklumkan mengenai ketiadaan tuanku. Usahlah tuanku khuatir tentang perkara kecil itu, perkara yang akan kita tempuh, jauh lebih besar dan merbahaya, tuanku. Ampun tuanku," ucap Hulubalang Hitam lagi.

Putera Iskandar mengeluh di dalam hati. Baginda risau kalau Kirana akan menunggu baginda di dalam bilik belajar.

"Baiklah, kalau begitu, mari kita berangkat sekarang," putus baginda dengan hati yang berat.

--------

Kirana mengatur langkahnya ke bilik belajar. Kadang langkahnya dilajukan, dek kerana teruja ingin bertemu dengan Putera Iskandar. Dalam fikirannya sudah mengatur apa sahaja cerita yang bakal dibualkan bersama baginda putera. Hanya bagindalah teman bicara yang Kirana ada.

Semakin hari, hubungan mereka semakin akrab. Meskipun kadang- kadang baginda menunjukkan sikap dingin dan tidak kurang juga bergaduh kecil, namun itulah yang menjadikan hubungan mereka menjadi semakin rapat.

Begitu juga dengan baginda putera, hanya Kiranalah teman rapat yang baginda ada. Adik- beradik baginda yang lain tidaklah seakrab hubungan baginda dengan Kirana. Kirana berbeza dengan putera- putera yang lain. Baginda tidak merasa kekok untuk menyatakan isi hati baginda kepada Kirana. Meskipun Kirana seorang yang degil dan sering bersikap kasar terhadap baginda, namun, baginda tahu ada kelembutan di sebalik sikapnya itu.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now