12: Adakah Ini Cinta?

1.8K 150 44
                                    

Kirana mengeluh berat dan pandangannya kosong menapak ke bilik belajar. Baru sahaja hari kedua, terasa begitu lama dan melemahkan semangatnya. Daun pintu ditolak lemah dan dilihatnya Putera Iskandar sudahpun di dalam, berdiri memandang ke luar jendela.

"Guru jenis apakah kau ni?! Kenapa tidak menepati masa?!" Tengking baginda sebaik saja mendengar bunyi tapak kaki Kirana melangkah masuk.

Kirana mengeluh panjang sebelum membalas, "aku ni guru kau. Memang patut pun murid menunggu gurunya. Bukan sebaliknya. Tak kiralah murid tu anak raja atau anak dewa. Sudah! Jangan mengada- ngada! Duduk sini dan cepat belajar. Cepat belajar, cepat siap. Jangan nak buang masa aku."

Baginda mengerutkan dahi lalu menoleh ke arah Kirana. Dari mana datang keberaniaannya? Dia baru sahaja melemparkan kata- kata yang menaikkan api kemurkaan baginda.

"Guru jenis apakah kau ini? Bahasa tak sopan. Biadap. Tidak layak untuk bergelar seorang guru," baginda berpeluk tubuh mencerlung ke arah Kirana.

"Macamlah bahasa kau tu elok. Untuk pengetahuan tuanku, patik ni bukan seorang guru. Bonda tuankulah yang memaksa patik yang pacal ini untuk menurunkan ilmu kepada tuanku. Kalau ikutkan hati patik, patik tak ingin mengajar, apatah lagi menengok wajah tuanku yang bengis itu," sindir Kirana.

"Baiklah kalau macam tu. Beta rasa beta tidak ingin belajar ataupun melihat muka tuan patik. Beta ingin keluar memburu dua ekor rusa lagi. Kita batalkan saja kelas hari ini," baginda mendengus geram, kemudian melangkah ke pintu keluar.

"Hei! Janganlah macam tu, tuanku. Nanti aku yang kena marah oleh Permasuri Kemboja. Kalau kau tak nak belajar pun, kita duduk dalam bilik ni je lah. Tunggulah beberapa lama lagi, baru kita keluar," pujuk Kirana yang kini sedang cemas. Dia takut jika diketahui oleh Seti atau Permaisuri Kemboja nanti, dia yang akan menerima natijahnya.

Baginda tersenyum senget. Kini, baginda sudah tahu bahwa Kirana takut akan bondanya.

"Oh... Kau takut pada bonda, ya? Haha baguslah... Aku hendak tengok kau kena marah oleh bonda. Selamat tinggal!" Sempat baginda menoleh ke arah Kirana sebelum baginda keluar.

"Pengawal, sediakan kuda dan perlengkapan berburu beta sekarang!" Arah baginda putera kepada pengawal peribadinya.

"Hoiiiiiiii! Come back here, you idiot!" Jerit Kirana.

Kirana segera bangkit berdiri dan mengejar Putera Iskandar. Begitu cepat langkah baginda hingga Kirana terpaksa berlari anak mengejarnya.

"Tuanku, janganlah macam ni. Tuanku tak kasihankan patik ke? Kita belajarlah sekejap lepas tu tuanku nak pergi ke hujung dunia pun, patik tak kisah," rayu Kirana dengan nafas yang termengah- mengah.

Baginda melirik ke arah Kirana yang berjalan di sampingnya, lalu tersenyum senget, "kasihan? Kau tahukah kenapa aku pergi memburu? Aku hendak memburu rusa untuk ganti nyawa kau. Kalau boleh, nyawa kau yang aku cabut. Aku benci melihat wajah kau! Tak sesuai jadi lelaki. Lembik! Teriak serupa perempuan! Jangan ganggu aku! Pergi!"

"Tuanku janganlah buat patik macam ni," lengan baju baginda dicubit dan ditarik- tarik Kirana.

"Jangan sentuh aku! Aku geli tengok lelaki lembut macam kau! Kau sentuh lagi, aku tidak akan teragak- agak melepaskan tumbukan ke muka kau yang hodoh itu!" Tangan Kirana ditepis kuat, dan baginda melajukan langkahnya meninggalkan Kirana di belakang.

Kirana menghentikan langkahnya kerana terkedu dengan hinaan yang baru diterima. Tidak pernah seumur hidupnya dikatakan hodoh. Kirana menyentuh wajahnya dan memeriksa hidung, mulut dan matanya. Mungkinkah struktur wajahnya sudah berubah sekarang? Entah berapa lama sudah dia tidak melihat cermin?

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now