24: Buai dan Terbuai

2.1K 164 25
                                    

Seperti lazimnya, selepas aktiviti seni mempertahankan diri, kesemua putera- putera raja akan duduk membuang penat di pinggir padang latihan.

Putera Jabbar mencabut rumput berdekatan dengan baginda, kemudian mencampakkannya ke hadapan baginda.

"Makin hebat kanda bermain tadi," puji Putera Jabbar pada Putera Zulkarnain.

"Ya, kanda tahu. Kanda kena mahir dalam semua hal. Kanda kan bakal sultan negeri ini," balas Putera Zulkarnain bangga.

"Alah, kanda... Janganlah kanda risau tentang hal ehwal pertahanan. Adinda kita Iskandar kan ada. Dia mesti sanggup bertarung nyawa demi mempertahankan negara dan sultan, bukankah begitu, Iskandar?" Ucap Putera Jabbar.

Iskandar hanya memandang sekilas wajah Putera Jabbar dengan pandangan yang kurang senang. Memang baginda tidak sebulu dengan kekanda baginda yang seorang itu. Putera Iskandar merasakan seolah- olah Putera Jabbar benci akan diri baginda. Putera Zulkarnain memandang Putera Iskandar, lalu tersenyum.

"Kanda berharap adinda Iskandar akan menjadi seorang yang taat dan setia pada negara suatu hari kelak. Kau pula, Jabbar dan juga Rizal, akan kanda jadikan orang yang penting dalam hal pentadbiran negara," Putera Zulkarnain menepuk- nepuk bahu Putera Jabbar sambil tersenyum megah. Sudah terbayang di minda baginda takhta dan sistem pemerintahan yang akan dipegang baginda suatu masa nanti.

"Adinda sanggup mati demi sultan dan negara," jawap Putera Rizal bersungguh- sungguh.

Pandangan kemudian dilayangkan kepada Putera Jabbar yang masih bermain dengan rumput di tangan. Jawapan dari Putera Jabbar masih dinanti.

Putera Jabbar ketawa sinis sebelum membalas, "kanda yakinkah mampu memerintah negara ini dengan adil dan saksama nanti?"

"Kenapa kau berkata begitu, adindaku Jabbar? Kanda kan ada kamu semua. Kita semua akan bersatu memerintah Negara Aranda ini," soal Putera Jabbar kembali.

"Kanda yakinkah tiada pembelot di antara kita ini? Ye lah, kanda lemah dalam seni mempertahankan diri dan ilmu pengetahuan. Tambahan pula, kanda sering gering," duga Putera Jabbar, lantas mencipta suasana tidak nyaman di antara mereka adik- beradik.

"Apa maksud dinda?" Hati Putera Zulkarnain sudah mulai panas mendengarkan kenyataan dari Putera Jabbar.

"Macam inilah. Biar dinda terus terang. Dinda tidak ingin berselindung seperti beberapa orang di antara kita ini. Kanda bertuah kerana memiliki hak kesulungan di antara kami semua, meskipun kanda tahu kanda sebenarnya tidak layak untuk menggantikan ayahanda," balas Putera Jabbar sambil memandang tepat ke arah Putera Iskandar.

"Apa? Apa niat kau sebenarnya, Jabbar?" Soal Putera Zulkarnain dengan nada yang naik seoktaf.

"Dinda tidak berniat jahat. Dinda cuma mengingatkan kanda supaya berhati- hati. Disebabkan kuasa dan pangkat, sesiapa sahaja boleh buta dan tidak mengenal pertalian darah," jawap Putera Jabbar sambil menepuk- nepuk perlahan bahu Putera Zulkarnain.

"Memang sudah menjadi tradisi turun- temurun, hanya putera sulunglah yang berhak menggantikan sultan. Kamu semua tahu, bukan? Jika didapati sesiapa yang ingin menggulingkan sultan ataupun pewaris takhta, pancunglah akibatnya," jawap Putera Zulkarnain dengan keras.

"Ya, tepat sekali kata- katamu itu, wahai kekandaku. Hanya putera sulunglah yang berhak mewarisi takhta kerajaan, kecuali..." ulas Putera Jabbar, membiarkan ayat tergantung.

Putera Zulkarnain terdiam sejenak. Baginda tahu sambungan ayat adinda baginda tadi, iaitu kecuali pewaris takhta mati.

Tiba- tiba, bahu Putera Zulkarnain ditepuk kuat berkali- kali oleh Putera Jabbar, sambil baginda ketawa terbahak- bahak.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now