34: Mampukah Aku Membencimu?

1.7K 165 47
                                    

"Selamat petang," sapa Putera Rizal tiba- tiba, mengejutkan Kirana yang sedang berbual dengan Puteh.

Sebaik saja Puteh melihat ketibaan baginda, dia segera berdiri dan mengangkat sembah sebelum berlalu pergi. Kirana menyambut baginda dengan sebuah senyuman.

"Selamat petang, tuanku," sapa Kirana lembut.

"Tak jemput beta duduk bersama?" Soal baginda berbasa- basi.

"Ampun tuanku, duduklah," ucap Kirana sebelum matanya memandang tempat duduk di hadapan yang kosong.

Namun baginda mengambil tempat duduk di sebelah Kirana. Kirana menjarakkan punggungnya apabila terasa punggung baginda berselisih sedikit dengan punggungnya.

"Kau sedang buat apa?" Tanya baginda sambil merapatkan jarak punggung baginda dengan Kirana.

"Sedang berehat petang. Hari ini tidak banyak kerja. Tuanku ada hajat apa datang ke istana?" Balas Kirana. Dia sudah tidak menghiraukan kedudukan mereka berdua yang agak rapat. Malas hendak fikirkan sangat.

"Beta hanya ingin menjenguk kau. Ingin tahu khabar dirimu. Kau sihat, kan?" Tanya baginda. Wajah baginda dipalingkan sedikit memandang Kirana.

"Baik, terima kasih. Tuanku pula, sihat?" Balas Kirana dengan soalan.

"Beta macam ini sajalah. Sunyi, tiada berteman," balas baginda sambil melepaskan ketawa kecil.

"Oh macam tu... tuanku carilah teman, supaya tidak sunyi," balas Kirana sambil membalas senyuman baginda. Timbul pula rasa menyesal sedikit kerana memberi jawapan sedemikian.

"Beta tahu. Sebab itulah beta berada di sini. Di samping seorang peneman," jawap baginda lembut dan perlahan. Kirana memandang ke arah lain, memang sudah menjangkakan jawapan serupa itu akan diberi.

"Kenapa diam? Kau tidak ingin menjadi teman beta?" Soal baginda apabila tiada respon dari Kirana.

Kirana menggeleng dan tersenyum, "tidak ada apa- apa. Bukankah patik sudah jadi teman tuanku sekarang?"

"Baguslah. Sekurang- kurangnya kita boleh bermula dengan kawan baik, kan? Beta tidak ada teman bicara. Dan beta senang sekali setiap kali berada di samping kau," luah baginda.

Kirana menyimpulkan senyuman. Malas hendak mengulas cakap baginda. Pandangan dibuang jauh ke hadapan. Fikirannya menerawang memikirkan begitu indahnya jika tempat Putera Rizal diambil oleh Putera Iskandar. Sudah dua hari Putera Iskandar tidak masuk kelas. Nampaknya baginda begitu nekad untuk membenci dirinya.

Hatinya kembali sakit apabila mengingatkan kembali kata- kata Putera Iskandar kelmarin. Kirana tersenyum dalam kepahitan. Betapa murahnya nilai kata- kata yang dilemparkan baginda padanya. Ungkapan sayang dan rindu hanya di mulut. Dan Kirana pula merasa bodoh kerana termakan dengan kata- kata manis yang disangka ikhlas dan jujur.

Bahu Kirana jatuh. Bagaimana mungkin seorang lelaki sejati boleh sukakan kaum sejenis. Kirana mengeluh di dalam hati. Hati rasa sebak. Andai kata baginda sudah mengetahui siapa Kiran sebenarnya, apakah akan terjadi? Akan murka hebatkah baginda setelah mengetahui diri diperdayakan selama ini?
Atau mungkinkah mereka akan bercinta seperti sepasang kekasih dan kemudian menerima akibat dari angkara pembohongan Kirana?

"Kirana, kenapa diam? Apakah kau mempunyai masaalah?" Soalan baginda memecah kesunyian.

"Hmm?" Balas Kirana pendek, setelah lamunannya terhenti. Matanya membulat dan kedua- dua kening terangkat.

"Hmm?" Ajuk baginda sambil meniru mimik muka Kirana.

Kirana meletuskan ketawa kecil, diikuti dengan baginda. Sempat Kirana memuji dalam hati betapa comelnya mimik muka baginda sebentar tadi.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin