41: Ancaman

2.1K 158 71
                                    

Alangkah terperanjatnya Putera Iskandar dan Kirana melihat Puteri Mawar berdiri di muka pintu. Cepat- cepat baginda putera meleraikan pelukan dan ciuman.

"Apa yang telah kamu berdua lakukan?!" Teriak baginda puteri. Berderau darah baginda melihat adengan Putera Iskandar bercumbuan dengan orang lain, lebih- lebih lagi seorang lelaki. Sukar rasanya untuk menghadapi kenyataan bahwa bakal suami baginda menjalinkan hubungan sejenis.

"Mawar, kanda boleh jelaskan," baginda putera menarik tangan Kirana ke belakang baginda, kemudian mengangkat tangan menyabarkan baginda puteri.

Baginda puteri mencerlung Kirana dengan api kemarahan dan kebencian yang menggunung. Baginda meluru ke hadapan lalu menuding jari ke arah Kirana, "biadap! Dasar lelaki tidak tahu malu!"

"Dinda, sudah. Jangan buat bising di sini!" Murka baginda putera sambil membetulkan posisi baginda, menghadang Puteri Mawar dari menyentuh Kirana.

"Kanda! Selama ini... sampai hati kanda duakan dinda. Dinda sungguh tidak menyangka yang lawan dinda ialah seorang lelaki!" Airmata mulai bergenang di tubir mata baginda puteri. Dikesat baginda airmata itu dengan dada yang turun naik menahan murka.

"Dinda, sabar. Usah lemparkan kata- kata sebegitu. Dinda balik sekarang. Nanti kanda jumpa dinda. Kita bincang tentang hal kita berdua," pujuk baginda putera ingin meredakan keadaan. Tiada guna berbincang dalam keadaan marah apabila dengan Puteri Mawar.

Puteri Mawar menekup muka baginda dengan kedua- dua tangan. Baginda merasa sedih, kecewa dan murka. Baginda puteri tidak menyangka yang baginda akan mempunyai seorang lawan dalam memenangi hati Putera Iskandar.

"Aku keluar dulu," bisik Kirana. Dia enggan masuk campur hal mereka berdua. Lagipun dia merasa sakit hati dan cemburu melihat betapa Puteri Mawar tampak terlalu kasihkan baginda putera.

Kirana mulai melangkah ingin keluar dari situ, namun tangannya dicapai oleh baginda putera lalu ditahan.

"Memang aku sudah lama menjangka kau menaruh hati pada Putera Iskandar. Apa yang kau telah buat pada Putera Iskandar sampai dia boleh sukakan kaum lelaki? Mesti kau sudah sihir dia, kan?" Puteri Mawar mencerlung Kirana tajam. Baginda sungguh benci melihat wajah Kirana yang dibuat- buat seperti orang yang tidak berdosa.

Kirana hanya mampu mengetap rahangnya menahan rasa geram dan marah. Ingin dia membalasnya, namun demi tidak mengeruhkan lagi keadaan, dia memilih untuk berdiam diri.

"Keluar sekarang, Mawar!" Murka baginda putera seraya pintu ditunjuk.

"Wah! Kanda nampaknya kasihkan lelaki songsang ini, ya? Hmph!" Dengus baginda puteri dalam kemurkaan. Baginda tidak mempedulikan murka Putera Iskandar. Baginda puteri juga murka. Maruah tercalar dengan perangai sebenar baginda putera.

"Mawar! Jangan buat kanda menghadiahkan dinda sebuah penampar. Jangan biadap! Keluar sebelum kanda yang menyeret dinda keluar!" Tengking baginda.

"Baik. Dinda akan keluar tapi dinda akan segera menemui bonda. Biar bonda tahu kanda jenis apa orangnya. Dan kau, lelaki jalang dan tidak bermaruah, aku akan pastikan kau dihukum pancung!" Ugut baginda puteri kepada Putera Iskandar dan Kirana.

Putera Iskandar tersentak. Tidak disangka baginda yang Puteri Mawar akan mempunyai akal yang jahat seperti itu. Apabila Kirana cuba diganggu, baginda putera mati akal. Baginda harus melindungi Kirana oleh kerana, bagindalah yang memulakan masalah ini.

Seperti baginda, Kirana juga terkesima. Bagai diperangkap dua kali, dunia seperti berputar. Terperangkap di zaman awal tahun 1000 dan dalam situasi sebegini membuatkan Kirana takut jika hidupnya tamat di zaman ini.

"Ddd ddddi ddindaaaa..." cetus baginda putera tergagap- gagap. Baginda puteri memeluk tubuh dan menarik muka masam.

"Tolong jangan berbuat demikian. Kalau dinda ingin jatuhkan kanda, kanda terima. Tetapi tolong jangan ganggu Kiran. Kanda mohon," rayu baginda.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now