38: Kahwin?

1.9K 157 43
                                    

Sudah seminggu berlalu, namun Kirana dan Putera Iskandar tidak bertegur sapa sejak hari itu. Setiap kali ternampak kelibat atau batang hidung masing- masing, pasti kedua- dua mereka akan mengelak.

Putera Iskandar berdiri di muka pintu dewan santapan. Nampaknya, baginda sudah terlewat sedikit. Kesemua kekanda dan adinda baginda sudahpun duduk di meja makan yang panjang. Segala macam sajian hidangan sudahpun tersedia.

Baginda memandang tempat duduk Sultan Sulaiman. Masih kosong. Nafas lega dihela. Mujur ayahanda belum tiba. Putera Iskandar mengorak langkah menghampiri tempat duduk yang kosong.

Baginda menyadari dari ekor mata seolah- olah ada yang sedang memerhati baginda. Pantas baginda menoleh ke kiri menangkap pandangan itu.

Kirana rupanya. Kirana menggelabah apabila baginda sudah mendapati yang dia telah memerhatikan baginda. Puteh, yang berdiri di sampingnya disentuh lengannya lalu Kirana pura- pura berbual dengannya agar tidak ketara. Sementara, Putera Iskandar memilih untuk tidak peduli tentang itu dan mengambil tempat duduk yang tersedia.

Kirana berdiri tidak jauh dari hadapan baginda. Seperti biasa, pada acara santap yang istimewa, Kirana akan hadir untuk menyajikan sendiri hidangan- hidangan yang dibuatnya.

Setelah Sultan Sulaiman tiba, kesemua ahli kerabat diraja pun mulai menikmati santapan. Kirana menyediakan masakan kesukaan baginda sultan iaitu nasi ayam dan kek coklat.

Sepanjang keberadaan Putera Iskandar, Kirana mencuri- curi pandang Putera Iskandar. Bukan sekali, bahkan berkali- kali. Manakan tidak, rindu yang menebal di hati sudah tidak tertanggung. Melihat wajah baginda mampu mengubati sedikit sakit rindu yang terbeban. Sedihnya, Putera Iskandar tidak memandang langsung akan Kirana.

Putera Iskandar sudah bertekad untuk tidak terus membiarkan diri baginda tertarik pada lelaki. Baginda yakin yang perasaan terhadap Kirana cuma rasa simpati dan kasih sebagai abang terhadap adik.

"Sedap kek ini. Beta amat menyukainya," puji baginda sultan seraya memandang Kirana.

"Junjung kasih, tuanku," balas Kirana sambil merapatkan kedua- dua tangannya ke dahi. Begitulah kata- kata pujian yang dilemparkan setiap kali baginda menikmati kek coklatnya.

"Hmph!" Suara kecil dilepaskan oleh Putera Iskandar. Meskipun kebanyakan orang tidak mendengar, namun tidak bagi Kirana yang sememangnya peka terhadap sebarang tindak- tanduk Putera Iskandar. Pantas Kirana menoleh dan melihat Putera Iskandar yang sedang mengeluarkan semula kek coklat dari dalam mulut.

"Kenapa, kanda?" Tanya Putera Alauddin menunjukkan sedikit keprihatinan.

"Tak sedap," jawap Putera Iskandar sambil hujung mata melirik sedikit ke arah Kirana.

Kirana menyembunyikan rasa tergamam dengan maklum balas dari baginda putera. Bukankah baginda pernah memuji kek coklat itu dahulu? Kirana cuba mengingati kalau ada bahan yang kurang atau sudah rosak hingga menyebabkan rasa kek itu berubah.

"Iya? Tapi dinda rasa sedap seperti biasanya," ulas Putera Alauddin setelah mencubit kek dari pinggan Putera Iskandar dan merasanya.

Tiba- tiba Putera Iskandar mengangkat tangan, memberi isyarat memanggil Kirana. Kesemua orang memandang baginda dengan teka- teki.

"Tuanku," ucap Kirana setelah menghadap Putera Iskandar.

"Tolong buang kek ini. Beta tidak lalu hendak menghabiskannya," arah baginda lantas menolak piring itu ke tepi.

Kirana terkedu. Tiada kata yang mampu diucapkan. Hati terguris dengan penolakan yang diterima. Andai saja baginda tahu yang Kirana begitu teruja membuat kek coklat itu untuk baginda, pasti baginda tidak akan berkata demikian.

Lagenda Cinta Seribu Tahun (Bhg 1)Where stories live. Discover now