•PROLOG MEVRE•

10.9K 454 26
                                    

Bang!

"Abang! "Inara memanggil suaminya itu. Raja Qashid Khalis.

"Tunduk sayang!!"Jerit Qashid yang sedang membalas tembakan di hadapan istana itu.

Dia berlari mendekati isteri dan anak-anaknya. Masing-masing duduk dalam keadaan ketakutan.

Qashid melepaskan nafas lega apabila memandang keluarga kecilnya selamat. Dia tunduk menyapu air mata isterinya.

"Bawa anak-anak lari, sayang, Abang jaga sayang dari belakang ya. Jangan sesekali pandang belakang, Teruskan berlari dengan anak-anak. Ingat. "Arah Qashid bernada tegas. Dia memegang wajah sembam isterinya.

"Abang..."Terus menangis Inara mendengar ucapan itu. Dia tak sanggup pergi tanpa suaminya.

"Ayahanda.."Panggil pula anak keduanya , Qarizh Aryan.

Qashid terus memandang anak sulung lelakinya. Dialah anak lelaki pertamanya. Hanya dia satu-satunya putera dalam keluarganya. Sayu sahaja Qashid membayangi peritiwa kali kedua Isterinya melahirkan sang puteranya.

Lantas dia memeluk anak itu.

"Qarizh, Tolong bawa ibu ke gunung kurzawa. Dekat situ , kamu akan dapat banyak pertolongan."Kata Qashid tenang. Qashid memegang pipi Qarizh dengan perlahan lalu dia mencium dahi anaknya itu.

Bom!

"Jaga keluarga kita, Qarizh"Kata Qashid sekilas sebelum kembali bangun. Dia memandang sekeliling ruang bilik itu apabila mendengar bunyi letupan yang sangat kuat.

Qashid berlari laju menghampiri pintu bilik itu. Wajahnya seakan terkejut memandang suasana di luar bilik tersebut.

Sangat huru hara.

Lagi mengejutkannya adalah melihat 2 orang budak kecil berlari untuk menyelamatkan diri.

"Qaisara, Ashry!"Bisik Qashid panik.

Kelihatan Ashry sedang memegang tangan sikecil Qaisara untuk berlari keluar dari orang ramai.

Inara turut memandang, Matanya membulat. Baru dia sedar, anak bongsunya tiada disisi.

"Abang! Qaisara bang!"Bisik Inara kuat. Dia juga panik.

Tiba-tiba empat orang lelaki masuk ke ruang bilik itu. Mereka memandang Qashid yang bersembunyi bersama keluarga kecil itu.

"Mereka ramai Qas, Aku terpaksa lengahkan mereka untuk bawa rakyat kita keluar dari sini."Kata salah seorang empat orang tersebut. Irvan Wilson.

Seorang lagi dari empat orang lelaki itu mengangguk, Syed abbasy. Dia mengangguk setuju sebelum memandang keluarga kecil Qashid yang berada di belakang lelaki itu.

Qashid diam seketika. Dia mengaturkan perancangan lain sebelum perlahan-lahan dia memandang keluarga kecilnya itu.

"Anak dan bini aku dah ikut anggota yang lain. Hanya anak sulung aku tak dapat di kesan mereka, aku terpaksa patah balik untuk cari dia"Syed Abbasy memberi maklumat. Laju Qashid berpaling memandang Syed Abbasy.

"Anak kau ada dengan anak aku"Kata Qashid laju. Dia berlari kearah isterinya sebelum membangunkan isterinya agar berdiri.

"Lari sekarang, Ikut Syed dan bawa yang lain ke Gunung Kurzawa, Jaga anak-anak"Kata Qashid laju. Syed membantah.

"Aku nak stay! Anak aku ada di luar sana!"Kata Syed tidak bersetuju dengan keputusan Qashid.

"Kau kena bawa mereka semua pergi! Anak kau, aku uruskan..lagipun dia dengan anak aku tadi!"Marah Qashid memandang Syed. Syed berdiam sambil memegang senjatanya.

MEVREWhere stories live. Discover now