BAB 41

2.2K 195 7
                                    

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketukan pintu dengan kuat. Qaisara mencelik matanya kecil sebelum mengeliat. Dia masuk kedalam dakapan Ashry apabila malas mahu membuka pintu.

Eh? Elok pula tidur sekali.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan masih berbunyi.

Wajah Ashry berkerut sebelum dia mencelik matanya. Wajahnya dingin apabila tidurnya diganggu.

Jam dinding dilihatnya.

Pukul 3 Pagi!? Nak ajak tahajud sekali ka ni?

Baru sahaja dia mahu bangun. Langkahnya terhenti apabila Qaisara bergayut atas tubuhnya.

"Sayang.."Suara serak basah itu mula kedengaran.

"Hmm"

"Lepas.."

"Ish taknak!"Rengek Qaisara buatkan Ashry mengerutkan dahinya.

Tok! Tok! Tok! Tok!

Lagi kuat bunyi ketukan.

"Sekejap sayang.. Bagi aku diamkan babi hutan tu"Pujuk Ashry perlahan. Dia meleraikan pelukkan itu dengan perlahan.

Qaisara berdengus. Lahanat mana pula kacau dia pagi-pagi buta?

Dia duduk bersila di atas katil untuk melihat gerangan orang gila yang menetuk pintu bagai nak roboh.

Dengan rambut yang agak serabai. Baju tidur yang leweh sehingga terjejas bahu putih Qaisara. Matanya pula dicelik kecil.

Mata Qaisara memerhati langkah Ashry yang dingin mendekati pintu itu.

Tok! Tok! To-

Klak!

"Kau nak apa?"Ashry bersoal dengan suara yang masih serak basah. Rambutnya yang kusut dia biar kusut. Dia ngantuk!

"Maaf menganggu kau orang berdua tidur tapi boleh tak aku minta PULANGKAN BALIK PENDRIVE AKU?!"Soal Qarizh seakan menahan amarah. Mata tajam memandang Qaisara.

"Woi esok pun boleh minta kan?"Sampuk Qaisara tak puas hati.

"Lusa dah start majlis pertabalan tu. Kau ingat sempat ke aku nak urus semuanya esok!?"

"Sempat!"

"Tak!"

Pak!

Ashry memberi pendrive itu dengan kasar sebelum dia bertindak untuk menutup pintu. Dia nak tidur, bukan nak gaduh.

Buk!

"Ah sakit lah!"Jerit Qarizh dari luar pintu.

"Padan muka"Ujar Ashry dingin. Dia berjalan mendekati katil sebelum tubuh kekar itu dibaring.

Baru sahaja dia mahu menarik tubuh Qaisara, kepala Qaisara sudahpun masuk dalam dakapannya.

Ashry hanya selesakan kedudukan mereka sebelum mereka berdua kembali tidur dengan nyenyak.

Pukul 3 pagi nak cari gaduh. Memang makan penyakit lah. Tambah dengan orang dah tidur. Lagi minta penyepak kalau dikacaunya.

*********
Tap! Tap! Tap!

Bunyi papan kekunci ditekan laju. Wajah Qarizh seakan tidak bermaya melakukan kerja diatas meja santapan.

Mentang-mentang Permaisuri Inara ada kerja pagi tu. Jadi mereka tidak bersantapan sekali.

Lalu, Qarizh pun berani membawa kerjanya di atas meja makan sedangkan perkara itu adalah larangan bagi mereka.

Permaisuri Inara amat tegas dalam soal kerja dan soal kekeluargaan. Baginya.. Waktu kerja, Haruslah bersungguh-sungguh manakala waktu keluarga, kerja itu perlu dibuang jauh.

MEVREDonde viven las historias. Descúbrelo ahora