BAB 31

2.6K 243 16
                                    

"Esok?!"

Imran terus bangun dari kerusi kerja Qarizh manakala Ayden yang sedang mengunyah epal terhenti. Mata mereka sekarang fokus pada Qarizh.

Qarizh melepaskan keluhan lemah sebelum berhenti dari mengemas barangnya.

"Semuanya, Adik aku yang rancang"Kata Qarizh perlahan.

"Oh ni gila, Macam mana budak sengal tu boleh handle isu besar ni?!"Soal Imran terkejut.

"Sengal-sengal dia. Dia terkenal dekat Fenry tau. Kau?"Sampuk Ayden dengan senyuman sinis.

Qarizh sudah menceritakan segalanya.

Segalanya termasuk perhubungan Qaisara dengan Fenry.

Imran terdiam. Nak sentap pun malas dah.

"Jadi, Sara akan join misi ni?"Soal Ayden pada Qarizh. Qarizh mengangguk.

"Dia adalah ketua team dari Tentera Fenry"

"Adik kau ni betul-betul sembunyikan identiti dia laa, Memang nak kasi aku sakit jantung ke macam mana ni?"Sampuk Imran lagi sambil memegang dadanya.

Qarizh mula malas berfikir. Dia perlu cepat untuk berjumpa dengan Ashry dan Qaisara.

Ashry hanya menghantar Ayden ke Mevre sebelum mereka berdua pulang. Yela, Orang dah cuti.

"Aku pun terkejut"

"Sudah, Aku nak pilih team yang lain untuk esok. Apa-apa roger"Ujar Qarizh mengambil laporan. Dia mahu ke pusat latihan.

"Baik boss!"

**********
"Jangan risau, Uncle. Esok Sara akan perkenalkan team Alpha."

"Team suami kamu?"Tanya seseorang dalam talian. Qaisara tertawa kecil.

"Iya Uncle"

"Baik Sara, Team kamu pula macam mana?"

"Sara dah contact dengan Mika untuk uruskan team Sara. Iman juga akan join dengan Sara"

"Uncle yang dengar ni, rasa seronok dan rindu pula pada kamu semua. Sudah lama Uncle tak nampak kamu dengan team kamu bertugas sekali."Ujar Peter dengan tenang.

Qaisara hanya tersenyum nipis.

"Baiklah, Qaisara. Laporan kamu diterima. Terima kasih"Kata Peter Armen lagi. Qaisara mengangguk perlahan.

"Baik Uncle. Jumpa esok!"

"Ya, Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"Jawab Qaisara lalu panggilan mereka ditamatkan oleh pihak sana. Qaisara melepaskan nafas lega. Settle.

"Kau dah settle?"Soal Ashry yang baru masuk dalam bilik mereka. Dia duduk bersebelahan Qaisara yang berada di atas katil itu.

Qaisara mengangguk perlahan sebelum tangannya manja memeluk tubuh tepi Ashry. Ashry hanya membiar. Kalau larang, Merajuk.

Tangan kasarnya mengusap perlahan kepala Qaisara. Rambut Qaisara yang keperangan itu sangat lembut.

"Kau marah aku tak?"Soal Qaisara tiba-tiba. Wajah tenang Ashry direnung.

"Kenapa aku kena marah kau?"Soal Ashry kembali tanpa memandang Qaisara. Matanya masih fokus memandang berita dikaca Smart TV.

"Yela, dengan apa yang aku buat selama ni.. dan aku pernah tipu kau yang aku bukan Qaisara. Sedangkan aku tahu, Kau dah lama cari aku"Jawab Qaisara perlahan. Ashry hanya diam dengan mata memandang kaca tv itu.

Qaisara mencebik. Abaikan aku pula jantan ni.

Dengan perasaan geram, Qaisara mengigit perut Ashry dengan kuat buatkan Ashry mengadu sakit.

MEVREWhere stories live. Discover now