BAB 48

2.1K 195 6
                                    

"Qaisara!"

Bang!

Buk!

Qaisara jatuh melutut apabila ditembak dari luar tingkap.

Iman terkedu memandang Qaisara yang jatuh. Bahu Qaisara mula mengalir darah yang banyak.

Dia melihat kedua tangan Qaisara mengenggam erat pehanya sendiri.

Iman masih tak faham. Begitu juga yang lain.

Sewaktu Qaisara melepaskan tembakan, Iman mengelak dengan pantas sebelum dirinya ditembak oleh Qaisara tetapi lain pula jadinya.

Qaisara pula ditembak!

"Ya Allah!"Qarizh berlari menghampiri Qaisara.

Tangan Qarizh pantas menekup luka tembakan itu. Matanya berpaling memandang ke pintu. Kelihatan Ashry, Imran dan Ayden baru muncul.

"Imran! Panggil bantuan cepat!"Kata Qarizh kuat. Tanpa banyak kata, Imran berlari keluar untuk memanggil pertolongan daripada bilik rawatan Mevre.

Kaki Ashry pantas mendekati Isterinya, Wajahnya mula berkerut risau.

Dia melihat tubuh Qaisara mengigil hebat.
Dahi Qaisara berkerut seribu menahan sakit dibahu.

"Sara.."Ashry memanggil perlahan. Qaisara berpaling perlahan memandang suaminya.

Air matanya terus mengalir apabila melihat wajah kerisauan Ashry.

"Sa-kit.."Adu Qaisara perlahan. Tangannya cuba untuk mencapai tubuh Ashry tetapi tak terdaya apabila sakit menghalang dirinya untuk bergerak.

Ashry yang faham dengan keadaan Qaisara.
Dia mula merapat tubuhnya mendekati Qaisara.

Dengan laju kedua tangan Qaisara mengenggam erat lengan berotot Ashry.

Qarizh mula hairan.

Kenapa tembakan kalini buatkan Qaisara terlalu lemah sedangkan selama ni, Dia siap boleh berlari lagi?

Manakala Iman terdiam merenung tingkap pecah itu sebelum matanya kembali memandang wajah Qaisara

Badan Qaisara mula mengigil hebat.

Wajahnya pula seakan pucat seperti mayat hidup.

"Tahan sikit.."Kata Ashry dengan lembut. Dia mengesat air mata Qaisara sebelum dia mencium dahi Qaisara sekilas. Dia cuba untuk memujuk Qaisara.

Qaisara menghalang Ashry yang ingin mencempung tubuhnya. Dia mengeleng dengan air mata yang masih mengalir di pipi.

Dia menangis dalam kesakitan. Esakkannya mula kedengaran.

"Hiks-..S—akitt.."Kata Qaisara dengan bibir bergetar.

Lagi berkerut dahi Ashry dibuatnya. Matanya berpaling memandang Qarizh dan Ayden.

Dahi mereka juga berkerut.

"Saraa, I know it's hurt but please let your husband bring you to emergency room. Okay?"Pujuk Ayden pula.

Lagi laju Qaisara mengeleng sambil dia menahan esakkan. Tangannya mengenggam kuat lengan Ashry.

Iman pula lama berdiam memikirkan sesuatu. Matanya masih memandang hairan kearah Qaisara.

Tiba-tiba matanya membulat.

"Shit, Peluru tu elektronik!!"Kata Iman kuat sebelum dia berlari untuk mengambil first aid.

Qarizh, Ayden dan Ashry berpaling memandang Iman yang sudah berlari mencapai kotak first aid.

Capai sahaja first aid, terus sahaja Iman mendekati Qaisara.

MEVREWhere stories live. Discover now