BAB 17

2.8K 264 20
                                    

Iman membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran matahari menembus matanya membuatkan dirinya memejam kembali. Dahinya berkerut.

"Iman."Panggil Seseorang perlahan. Mata Iman terbuka kembali.

Dia melihat Qaisara yang sudah berada disebelahnya. Raut wajahnya penuh dengan kerisauan.

"Weh kau okay tak?"Tanya Qaisara lagi. Wajahnya dengan kerisauan.

"Apa yang kau buat dekat sini, Sara?"Tanya Iman sambil bangun dengan perlahan. Dia memegang kepalanya. Matanya pula masih berpinar.

Ada balutan kain dikepalanya.

Pak!

"Ah!"

"Ops sorry!"Qaisara gelabah apabila dia bertindak menampar bahu Iman dengan kuat.

"Kau nak bunuh aku ke, Sara"Masam sahaja wajah Iman memandang Qaisara.

Qaisara menyampah.

"Aku tampar sikit je"

"Sakit tau!"

"Yela, Aku minta maaf"Kata Qaisara sambil mengusap perlahan bahu Iman. Iman tersengih.

Krekk!

Bunyi pintu seperti ditolak. Iman berpaling melihat seorang perempuan muda yang masuk kedalam biliknya itu.

"Iman dah sedar?"Tanya Qaireen lembut. Dia membawa makanan untuk Iman.

Mata Iman terbutang melihat Puteri Qaireen Ariana dihadapannya.

"Tuan Puteri Ariana"Iman berkata. Baru sahaja dia mahu menunduk tapi dihalang oleh Qaireen sendiri.

"Tak perlu hormat, Iman. Anggap sahaja saya keluarga awak" Lembut sahaja suara Qaireen berkata.

"Baik"Kata Iman perlahan.

"Hah nah Iman, Makan ni tau. Isi perut kosong awak tu"Kata Qaireen dengan lembut. Iman menyambut sambil menganggukkan kepalanya.

"Akak keluar dulu, Sara.. tengok Iman makan tu"Kata Qaireen sebelum keluar.

Qaisara hanya mengangguk sebelum matanya memandang Iman. Bukan main baik dia ni dengan Qaireen.

"Hey my dear, You dah bangun?"Tanya Ayden apabila lalu dihadapan bilik Iman.

Iman berpaling memandang Ayden dengan mata yang membulat.

"You pun ada?!"

"Of course my dear. Miss me?"Iman tersenyum nipis memandang Ayden.

"Apa dah jadi sebenarnya ni, Iman? Semalam aku datang rumah kau huru hara tau keadaan. Dengan kau terbaring lemah depan tu. Ada perompak masuk ka?"Qaisara menyoal panjang. Iman memejamkan matanya manakala Ayden hanya diam memandang mereka berdua.

"Bukan perompak la"

"Habis tu siapa?"

"Ne-.."

"Woi Iman!"Kedengaran suara tua dekat luar. Iman mula menelan air liur kesat. Apa lagi ni.

"Orang tua mana pula tak ada adab tu"Tanya Ayden selamba. Dia berpaling memandang di luar pintu bilik itu.

"Dia nenek aku"

******

"Nek,"Panggil Qarizh dengan hormat.

Nenek piah berpaling memandang Qarizh. Matanya membulat sebelum menundukkan badannya.

"Tuanku!"

"Takpe Nek, Takpayah hormat. Anggap saja saya keluarga nenek"Lembut sahaja Qarizh berkata. Nenek Piah tersenyum manis.

MEVRETahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon