BAB 24

2.4K 231 24
                                    

Ting!

Ashry hanya membiar mesej itu masuk tanpa periksa. Tahu sangat siapa yang kacau dia time- time macam ni.

Matanya masih focus membaca laporan.

Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!

Ashry meletakkan pen diatas meja sebelum dia melepaskan keluhan lemah. Budak ni kang.

Kring!

Dia telefon pula.

Terus Ashry menjawab.

"Ye sayang"

"Asal tak tengok WhatsApp?!"Sembur Qaisara dengan keadaan marah.

"Aku busy ni. Hari ni kan hari last aku kerja"

"Alaa.. macam tak boleh sambung lepas kahwin nanti. Kita ni nak kahwin lagi 5 hari tau?!"

Ashry memejamkan matanya. Kenapa perempuan ni suka membebel?

"Yela, Ni kenapa call?"

"Nak ajak ambil baju pengantin la. Dah berapa kali dah kita tunda."

"Yela, Lepas Zohor aku ambil kau okay?"Lembut sahaja suara Ashry berkata.

"Okay"

Fuh, Mood Qaisara baik.

"Aku letak dulu-.."

"Jangan lupa tau!"Sampuk Qaisara lagi.

"Ye aku tak lupa"Jawab Ashry dengan penuh sabar. Qaisara diam.

"Okay, Jumpa nanti"

"O-.."

Tup!

Ashry menjauhkan Iphone 11 dari telinganya. Dah tutup? Cepat gila perempuan ni.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

Qarizh masuk bersertakan laporan.

"Ry, tolong aku boleh?"Soal Qarizh dengan laporan kadet Mevre ditangan.

"Tolong apa?"

"Ganti tempat aku handle budak-budak tu. Aku kena keluar pergi daerah ni"Kata Qarizh sambil menyerahkan laporan kadet tersebut.

Ashry memgangguk diam sebelum menyambut.

"Kau pergi dengan siapa?"Tanya Ashry kembali.

"Ayden"

Ashry hanya mengangguk.

"Okay"

Tanpa dia sedar,

Dia lupa satu janji.

*********
"Ish, Mana Ashry ni. Kata nak datang ambil aku"Degus Qaisara sambil mendail nomber telefon Ashry.

Hanya peti suara sahaja dia dapat. Beratus kali dia menelefon.

"Aik Sara, Kata nak pergi ambil baju dengan Ashry?"

Qaisara berpaling.

"Sara tunggu Ashry"Kata Qaisara dengan cebikkan dibibir.

Permaisuri Inara tersenyum manis. Aduihai anaknya.

"Ashry tak dapat teman kau, dik. Dia kena ganti tempat aku harini"Ujar Qarizh dengan wajah tak berperasaan. Dia masuk bersam Ayden disisi.

"Pahal pula nak ganti tempat kau? Kau hidup lagi kan?"Sembur Qaisara geram.

"Aku ada meeting dekat luar daerah kejap lagi. Kau pergi jela dengan Arul tu."Qarizh membalas malas. Dia berjalan melepasi Qaisara. Ada barang yang perlu dia ambil.

MEVREWhere stories live. Discover now