BAB 54

2.2K 205 9
                                    

"Kau terlalu bodoh, masuk perangkap aku. Kau guna orang aku untuk tangkap Iman?.."

"Heh!"

Kelihatan Qarizh berpeluk tubuh dihadapan camera. Mark boleh rasakan aura dinginnya sehingga bergetar seluruh tubuh.

Mark mula berasa cemas! Dia terpandang satu pintu bilik yang jauh dari Iman. Ingin melarikan diri? Semestinya ya!

Dia berdecit geram!

Dia akan tertangkap apabila dia hanya berdiam diri!

Dia tiada orang untuk berlawan dengan mereka. Sudah pasti, Ramai orang Qarizh berkumpul untuk menangkap dirinya.

"Tak guna.."Desis Hati Mark sambil mengetap rahangnya. Marah? Sudah tentu.

Dia memandang Imran yang tenang itu.

"Kau tipu aku"Suara Mark kedengaran dingin memecah kedengaran Imran. Imran menjungkit sebelah keningnya apabila mendengar Mark berkata.

"Aku tak pernah menipu.."Jawab Imran masih tenang. Matanya memandang skrin Tv.

Mark juga berpaling memandang kearah pandangan Imran.

Klak!

Skrin Tv yang berwarna hitam sudah bertukar memapar wajah Qaisara.

"...Aku cuma tambahkan perisa saja"Sambung ayat Imran dengan senyuman sinis.

Wajah Qaisara kini menjadi tumpuan Mark. Mata Mark membulat luas.

"Hi Tuan Muqri"Tegur Qaisara sengaja menggunakan nama samaran itu. Bibirnya melakar senyuman sinis.

Lagi mengigil Mark menahan amarah. Apa semua ni?!

"Kau Qaisara.."Mark cuba untuk menahan amarah. Dia cuba untuk berlagak baik dihadapan Qaisara walaupun dirinya sudah berasap untuk membunuh Imran hidup-hidup.

"Glad to hear that, Tuan! You still remember me!"Kata Qaisara seakan gembira.

"Apa yang kau cuba buat?"Soal Mark dingin.

"Apa yang SAYA cuba buat? Saya rasa terbalik ni, soalan itu sepatutnya saya yang tanya dekat tuan. Apa yang tuan cuba nak buat?"Tanya Qaisara cuba membaiki balik situasi kesalahan Mark.

"It's none of your business"Kata Mark yang juga cuba untuk ingatkan kembali bahawa Qaisara bukan lagi Mevre.

"Yes, It's none of her business but it's mine."Sampuk Qarizh yang baru muncul sebelah Qaisara.

Mata Mark membulat.

"Qaisara dah bagitahu aku tentang perbuatan busuk kau. Malah, aku juga tahu diri sebenar kau dan tujuan sebenar kau dalam Mevre"Kata Qarizh dengan keras.
Dia memandang tajam wajah orang tua itu.

"Haha apa yang Tuanku merepek ni. Tuanku percaya cakap perempuan tu? Entah-entah dia cuba untuk jatuhkan saya disebabkan saya penyebab dia tersingkir dari Mevre?"Mark tertawa dan cuba untuk membelit segala cerita.

"Jadi apa yang kau buat dekat situ?? Dengan Iman dan Imran?"Soal Maut Qarizh.

"Saya non muslim.. Saya disini pun untuk hilangkan stress saya.. begitu juga mereka berdua. Tapi tiba-tiba saya ditangkap dengan alasan Tuanku tahu semuanya tentang saya?"Jawab Mark dengan menipu.

"Sudah lah tu, Tak payah nak sembelit-sembelit sangat. Jom kita ke balai sekarang"Kata Imran sambil mengeluarkan gari dari kocek belakang.

"Bukan."Sampuk Iman disebelah Imran. Imran berpaling.

"Apa?"Soal Imran buat-buat binggung.

"..Belit. Bukan sembelit.."

"Oh bukan ek?"Soal Imran dengan serius

MEVREWhere stories live. Discover now