BAB 1

5.1K 346 10
                                    

Gunung Taurus.

Permaisuri Inara termenung memandang perkhemahan yang baru dibina itu. Ada juga perkampungan yang sederhana di sini.

Bukan mereka tidak pergi ke Gunung Kurzawa seperti yang diarah oleh suaminya. Mereka telah pergi ke Gunung tersebut tetapi ada pihak anggota jahat yang menunggu mereka disana buatkan mereka menukar arah.

Tanpa memikir panjang. Dia sebagai Permaisuri perlu bertanggungjawab untuk membawa rakyat rakyatnya ke pangkuan yang selamat.

Ya, Kini dia yang menggantikan tugas Suaminya. Dimana rakyat perlukan Raja mereka dan dia juga memerlukan suaminya disisinya.

Sudah dua hari dia berpisah dengan suami dan anak bongsunya. Dirinya risau, takut akan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kini, Masih tiada tanda tanda mengatakan mereka jumpa dengan suami dan anaknya itu. Hatinya tidak tenteram memikir keberadaan mereka berdua.

Inara mengeluh mengenangkan nasibnya. Dia terlalu risau sehinggakan macam-macam bermain difikirannya.

Fikiran dia melayang juga memandang qarizh melayan adiknya. Kemudian matanya jatuh memandang Syarifah Az Zahra, Isteri kepada Syed Abbasy.

Dia juga terfikir, adakah suaminya berjaya menyelamatkan Ashry? Syed Ashry Adrian adalah anak lelaki sulung kepada Syed Abbasy.

Syed Abbasy ialah orang yang sudah melindungi mereka semua sampai ke tempat yang selamat. Dialah orang yang terakhir diarahkan oleh suaminya untuk membawa mereka pergi ke tempat selamat.

Walaupun anaknya dalam bahaya, dia tetap jalankan tugas terakhir dari suaminya. Lelaki itu meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada Qashid.

Qashid seorang yang bertanggungjawab. Dia licik. strategi dia ganas. Mungkin disebabkan itulah, Dia percayakan Qashid?

"Inara.."Panggil Syed dengan lembut. Dia membawa segelas air kopi untuk isteri sahabat baiknya itu.

Inara berpaling memandang Syed yang sudah berdiri bersebelahannya. Inara memberi senyuman manis kepadanya sebelum dia mengambil kopi itu.

"Terima kasih"Ujar Inara ikhlas. Kemudian matanya memandang Qarizh dan Qaireen bermain ditanah yang lapang itu.

"Aku ada berita tentang Qashid."Kata-Kata Syed buatkan Inara pantas memandang Syed. Wajah Syed seakan serba salah. Hatinya berdebar-debar.

"Apa dia?"Air kopi dihirus sedikit sebelum meletak cawan itu diatas meja kayu.

"Tentera kita berjaya tumpaskan tentera jahat itu.."

"Syukur Alhamdulilah.."Ujar Inara dengan ikhlas. Hatinya tenang sedikit.

"..Baguslah tu."Sambung Inara lagi.

"Irvan, Rob, Rose , Qaisara dan Ashry tak dapat dijejak. Mereka hilang. Berkemungkinan besar juga, Mereka berjaya diselamatkan atau dibawa oleh pihak sana"Inara terus berpaling memandang Syed yang tunduk mengenangkan anaknya.

Inara diam seakan tidak percaya. Matanya bertakung dengan air mata..

"Kata pihak kita, mereka terjumpa mayat..."Inara memejamkan matanya. Menahan air mata mengalir. Dirinya kuat mengatakan bahawa mayat itu bukan mayat suaminya tetapi...

"..Dan kami syak , mayat itu..."Syed menarik nafas dalam sebelum menyambung ayatnya.

Agak sukar untuk dia memberitahu perkara yang sebenar.

"..Mayat Qashid"

"Allah,"Hampir sahaja Inara mahu melorot jatuh tetapi sempat ditahan oleh Syarifah Zahra, Isteri Syed Abbasy.

MEVREWhere stories live. Discover now