BAB 38

2.4K 229 13
                                    

Qaisara membuka matanya perlahan-lahan. Dia memejamkan matanya apabila terkena sinaran matahari.

Sakit dikepalanya masih terasa. Qaisara hairan memandang suasana bilik itu.

Biliknya?

Dia sudah pulang?

Matanya berpaling memandang luar tingkap biliknya. Kelihatan burung berterbangan diluar.

Dia memikir..

Kenapa dia disini?

Tubuhnya terasa sengal. Mukanya pula terasa kebas. Pedih dibahagian pinggir bibir juga terasa.

"Saraa.."Panggil suara garau dari sebelah kiri. Qaisara berpaling.

Kelihatan Ashry memegang dulang yang berisi mangkuk dan gelas.

Qaisara diam memandang Ashry. Ashry duduk bersebelahannya. Dulang makanan itu diletak pada atas katil king milik Qaisara.

"Bubur?"Ujar Qaisara apabila melihat bubur. Bukan macam bubur orang sakit tapi macam bubur orang kaya je. Macam-macam ada.

"Makan. Jangan degil"Macam tahu-tahu si Ashry ni. Qaisara mencebik.

"Taknak"Ujar Qaisara perlahan. Dia tak berselera. Air matanya bertakung. Kenapa dia rasa dia sedang menyusahkan orang.

"Laa kenapa menangis ni? Aku tak marah kau la"Air mata Qaisara mengalir. Wajahnya tercebik melihat wajah risau Ashry. Dia menundukkan wajahnya menahan esakkan.

"Hiks..hiks"Lagi banyak air mata Qaisara mengalir.

"Hey Sayang...Why are you crying?"Ujar Ashry lembut. Tangannya memeluk bahu Qaisara.

"Hiks..aku menyusahkan kau ke?"Soal Qaisara dalam tanggisan. Wajahnya yang merah itu memandang wajah Ashry.

"No..Who said this to you? Aku tak pernah rasa susah pun dengan kau."Jawab Ashry lembut. Dia mencium lembut dahi Qaisara sebelum dia menarik Qaisara kedalam dakapannya. 

Lagi kuat Qaisara menangis. Terharu campur sebak.

"Shhh sudah, Berhenti menangis"Arah Ashry lembut. Dia meleraikan pelukan.

Wajah cebik Qaisara dipandang. Senyuman nipis terukir sebelum tangan kasarnya menghapus air mata Qaisara.

"Sekarang, Jom makan."Ujar Ashry sambil mengangkat mangkuk yang berisi bubur.

"Kau suap?"

"Tangan aku patah. Kau suap sendiri"Kata Ashry selamba. Terus cebik wajah Qaisara.

"Kau dah tak saya-..uk"

Ashry selamba menyuap bubur itu. Qaisara menjeling tajam sambil mengunyah.

"Sedap sayang?"Soal Ashry dengan senyuman sinis. Qaisara menjulingkan matanya keatas sebelum mengangguk malas.

Nak perli la tu.

Hm!

************
"Saya nak saman orang yang mengarah perkurungan isteri saya."Ujar Ashry dingin memandang satu persatu orang atasan. Kali ini, Ashry turun padang.

Mata helangnya memandang Puan Sarina yang berdiam.

"Dan Puan... Saya sure, Puan mesti ingat ayat isteri saya sebelum dia ditangkap bukan?"Soal Ashry mendatar kepada Puan Sarina. Puan Sarina tersentak.

Macam mana Ashry boleh tahu?

Sudah semestinya dari CCTV bilik mesyuarat.

"Saya nak tanya dekat Puan laa.."

MEVREWhere stories live. Discover now