BAB 39

2.3K 221 7
                                    

Qaisara mengusutkan rambutnya dengan kedua tangannya. Kertas dihadapannya ditolak kasar.

Kepalanya sakit meneliti setiap helaian kertas itu.

Semuanya bukti 19tahun dahulu.

Bukti itu belum 100% lengkap.

Hanya 40% lengkap dan yang lain lesap apabila peperangan itu berlaku.

Puas dia mencari. Tetapi tetap tak jumpa.

"Ah gila semua ni!"Keluh Qaisara kuat. Matanya dipejam. Stress!

Kini, Dia berada di bilik kerjanya sendiri.

Tok Tok Tok!

"Masuk!"Qaisara duduk tegak menunggu ketibaan seseorang.

"Sara.."Panggil suara lembut dari pintu. Qaisara berpaling.

"Aunty?"Qaisara agak terkejut melihat Rose berada disitu.

"Apa yang Aunty buat kat sini?"Soal Qaisara dengan terkejut. Dia bangun dari kerusi kerjanya.

"Saja, melawat Sara"Jawab Rose tenang seraya berjalan mendekati Qaisara. Satu pelukkan mesra disambut oleh Qaisara.

"Uncle tahu?"Rose hanya mengangguk dengan senyuman manis. Qaisara juga tersenyum.

"Eh duduk la.."Ajak Qaisara duduk berada sofa berdekatan meja kerjanya. Rose hanya menurut.

"Aunty ada apa nak jumpa Sara kat sini? Kenapa tak call Sara dulu? Tidak Sara je pergi jumpa, Aunty kat rumah.. Tak ada la Aunty susah-susah nak datang jauh"Soal Qaisara seakan tiada noktah.

Rose melepaskan tawanya.

"Kamu ni masih tak berubah tau. Cakap tu macam tak ada hari esok Hahaha"Kata Rose sambil menepuk perlahan paha Qaisara. Qaisara tersengih.

Rose mengelengkan kepalanya sebelum tangannya mengeluarkan satu kotak rantai.

Lihat sahaja kotak itu, Wajah Qaisara berubah.

"Aunty ke sini nak pulangkan hak Qaisara.."Kata Rose berhati-hati. Matanya memandang wajah Qaisara yang sudah berubah itu.

Kotak itu dibuka dan kelihatan satu rantai emas berbentuk Q.

Perlahan-lahan mata Qaisara memandang Rose.

"Sudah tibanya kamu jaga amanah ayah kamu, Qaisara.."Senyuman nipis terhias cantik dibibir Rose.

Qaisara menelan air liur kesat.

Rantai itu memberi banyak maksud kepadanya.

Tangan putih Qaisara mengambil kotak rantai itu. Matanya masih memandang sayu kearah rantai emas itu.

"Jaga elok-elok, Sayang. Ini hadiah pusaka kamu"Lembut sahaja Rose mengusap kepala Qaisara. Qaisara mengangguk perlahan.

"Terima kasih, Aunty"Rose mengangguk dengan senyuman manis.

***********
"Maksudnya, Jantan tu diupah dengan someone yang dia sendiri tak kenal?"Kata Imran bijak.

Qarizh mengangguk perlahan. Matanya memandang Permaisuri Inara. Bondanya hanya diam mendengar pernyataan Qarizh.

Mereka bercakap tentang Ismail.

Qaisara mengetapkan giginya menahan amarah.

"Tak guna"Bisik Qaisara perlahan.

Ashry menepuk perlahan paha Qaisara agar bersabar.
Dia duduk bersebelahan Qaisara.

Irvan dan Rose ada di ruangan tersebut. Mereka kembali apabila isu 19 tahun dahulu telah mengambil perhatian mereka.

MEVREWhere stories live. Discover now