BAB 37

2.2K 214 3
                                    

Splash!

Air yang diisi ketul ais tersebut disimbah kejam pada tubuh Qaisara.

Qaisara bangun mengejut memandang sekeliling. Tubuhnya mula mengigil dengan kuat sekali.

Kepalanya pula mula berasa pening. Mungkin effect dia terbangun mengejut tadi.

Mikayla pula sudah tidak bermaya lagi. Matanya layu memandang Qaisara.

Terdapat di pergelangan tangan Mikayla mula berdarah.Wajah Mikayla juga penuh dengan luka. Mungkin dia juga dibelasah teruk-teruk.

"Bangun pun kau, Ingatkan dah mati"Ujar Ismail dengan senyuman sinis.

Qaisara mengetapkan rahangnya. Dia geram dengan lelaki itu.

"Siapa yang arahkan kau buat semua ni?"Soal Qaisara dengan dingin. Matanya tajam memandang Ismail.

"Heh.."Ismail berjalan mendekati meja yang terdapat beberapa jenis pisau.

"Qaisara...Qaisara.."Satu pisau kecil dicapainya.

"..Aku akui, Kau memang cekap"Sambung Ismail seraya berpaling memandang Qaisara yang masih terduduk lemah.

Mikayla mula mengerutkan dahinya. Apa maksud lelaki itu?

"Berhenti buangkan masa aku! Siapa yang hantar kau!"Tempik Qaisara kuat. Urat dilehernya tertimbul apabila Qaisara menempik kuat. Wajah Qaisara tegang memandang Ismail.

"Kau ingat tak peristiwa 19 Tahun dahulu?"Soal lelaki itu tenang. Bibirnya melakar senyuman sinis.

Qaisara terkedu.

Jangan kata lelaki ni..

"Akulah orang yang diarah untuk bunuh Tuanku Raja Qashid" Ayat itu betul-betul buatkan Qaisara tergamam tak terkata.

Mikayla memandang terus wajah lelaki itu. Dia juga terkejut.

"..Dan sekarang, Giliran kau pula yang mati.. wahai puteri Qashid"Sambung lelaki itu tenang sebelum..

Tsuk!

"Argh!"Mikayla menjerit sakit apabila pisau itu tetusuk pada bahu kanan mikayla. Pisau itu terpacak dibahu Mikayla.

"Sial! Jangan apa-apakan dia!"Marah Qaisara mula bangun perlahan.

"Kalau aku nak juga?"Soal Ismail itu membuatkan api kemarahan Qaisara mulai marak.

Tangan Ismail mula mengambil pisau yang agak besar dari yang tadi. Matanya membulat teruja sambil memandang Qaisara.

"Beautiful knife.."

Lantas Ismail targetkan pisau itu ke arah Qaisara. Kepala Qaisara dituju.

"..Kau nak tahu benda yang lagi seronok tak?"Mata Ismail mengecil kerana mahu aim yang tepat agar balingan tersebut tepat tertusuk di kepala Qaisara.

"...Akulah orang yang baling bom dekat bapa kau. Orang yang sama dalam kematian dia. Hahaha"Ismail melepaskan tawa suka apabila wajah Qaisara sekarang sudahpun berubah 100%.

"..Aish, Kenapalah kau tak mati sekali time tu? Kalau tak, aku tak de la nak susah-susah cari kau sekarang ni"Kata-kata Ismail itu betul-betul buatkan Qaisara hilang sabar.

Ismail membaling kuat pisau itu ke arah Qaisara.

Pak!

Dengan cekap Qaisara mengelak daripada serangan Ismail sebelum tangannya laju mengambil pisau itu dari arah belakang.

Kini kad uno berpusing kembali.

Qaisara pula yang membaling pisau itu dengan sekuat hati dan..

Tsuk!

MEVREDonde viven las historias. Descúbrelo ahora