BAB 2

4.2K 324 13
                                    

19 tahun kemudian. Di Kem tentera mevre.

Seramai 200 orang pelatih baru berada di dewan terbuka yang mereka sewakan untuk pemuda-pemuda yang berminat menyertai kem tentera mevre ini.

Nampaknya, masih ramai yang mampu menyahut cabaran untuk menjadi seorang tentera elit di Mevre.

"Saya ialah orang atasan Mevre, Syed Abbasy. Dimana sayalah orang yang menguruskan kelayakkan kamu semua untuk masuk kedalam kem ini."Ujar Syed tenang dihadapan mereka semua.

"Dalam ni, bukan mudah untuk kamu semua menyertai tentera ini. Saya pasti, Kamu semua tahu perkara ini"

"Betul do, Kawan aku kebanyakkan tak dapat pun masuk dalam kem ni"Bisik pemuda lelaki perlahan bersama rakan barunya.

"Kan! Kakak dan Abang aku juga tak dapat sertai kem ni. Aku fikir, aku juga tak dapat tau"Balas rakan sebelahnya.

"Kamu semua akan menjalankan satu latihan yang panjang selama tempoh 1 bulan ini. Kamu juga diwajibkan masuk kedalam asrama agar senang kami melatih kamu" Ujar Syed Abbasy lagi. Matanya tajam memandang sekeliling. sebelum menyambung.

"Ada bantahan?!"Tanya Syed Abbasy dengan kuat. Terhinjut bahu masing-masing.

"Tiada Tuan!"Balas mereka semua dengan semangat.

Abbasy mengangguk sebelum memandang luar dewan. Kelihatan 4 orang  lelaki yang berkelengkapan baju tentera sedang beratur dia luar sana.

"Di asrama, Gadget kamu tidak akan dibenarkan masuk kerana kamu akan disediakan  satu gadget untuk setiap kadet"Kata Syed Abbasy lagi memperingatkan mereka.

Namun mereka tidak bereaksi satu wajah yang terkejut malah teruja dengan pernyataan yang diberi. Sudah tentu mereka sudah kaji tenteng Mevre.

"Sekarang, Saya akan serahkan majlis ini kepada 4 orang tentera elit yang terhebat didalam Mevre ini. Mereka lah yang akan melatih kamu sepanjang tempoh satu bulan ini. "Ujar Syed Abbasy senyum. Dia melihat 4 orang tentera itu diluar sebelum mengangguk membenarkan mereka masuk.

Semuanya diam dengan kehadiran mereka. 4 orang lelaki yang berjalan dengan penuh berkarisma. Wajah tampan mereka mengambil perhatian gadis-gadis. Terkedu masing-masing.

Sampai sahaja mereka dihadapan Syed. 4 orang jejaka itu mengangkat tangan untuk tabik menghormati kepada pihak atasan. Syed juga membalas sebelum berkata..

"Saya tahu, kamu berempat boleh handle majlis ini. Dan kamu juga bebas untuk melatih mereka dengan cara kamu berempat.."Ujar Syed lembut tetapi terselit dengan ketegasan.

"Baik Tuan!"Balas mereka berempat kuat bersama tabik.

Semua seakan teruja melihat suasana. Indahnya mereka mendapat tentera elit yang kacak lagi gentlemen.

"..Saya ada mesyuarat yang perlu saya hadir, Kamu berempat teruskan dengan pendaftaran ini"Kata Syed lagi. Mereka berempat membalas seperti biasa.

Lalu Syed pergi dari tempat itu. Sebaik sahaja Syed keluar dari dewan. Mereka berempat memandang diam satu persatu bakal tentera yang mevre sudah pilihkan.

Ramai menelan air liur dengan kesat. Kenapa pandangan mereka sangat menakutkan?

Ashry, Imran, Ayden dan Qarizh berdiri tegak berhadapan mereka.

"Tahun ini agak ramai dipilih oleh Pihak atasan"Komen Ayden perlahan kepada Qarizh. Qarizh hanya diam.

"Baiklah semua, saya akan perkenalkan diri saya terlebih dahulu.."Ujar Imran dengan senyuman. Mata-mata mereka semua lantas memandang wajah Imran seakan bersemangat itu.

MEVREWhere stories live. Discover now