EPILOG

3K 228 12
                                    

"Esok kalau kesihatan kamu tak ada apa-apa, kamu dah boleh discharge"Kata Nadia kepada Qaisara yang duduk bersila di atas katil Hospital.

"Akhirnyaaa.."Ucap Qaisara riang. Hampir seminggu dia berkampungkan disitu. Ashry terlalu kejam sampaikan tak beri dia pulang ke rumah. Jenguk dia pun tidak, itu betul-betul buatkan dia terasa hati.

Tetapi dia hanya mengabaikan perasaan itu disebabkan kesalahannya yang tidak mendengar kata. Dia tahu kenapa Ashry bertindak sebegitu.

Cuma emosi dia tak stabil apabila dia terlalu rindukan lelaki itu. Apa si bapa tak faham ke yang si ibu rindu?! Hmm..

"Gembira betul kau.."Kata Iman dengan ketawa.

"Bontot aku dah kebas sebab asyik duduk. Ashry pula tak kasi aku keluar, Katanya aku membuas. Ceh, ingat aku budk-budak ke?"Adu Qaisara tak puas hati. Nadia dah tertawa kecil.

"Memang patut kau kena."Jawab Rita selamba. Budak degil ni akhirnya tewas bersama Ashry.

"Alaaa.. budak sebilik dengan aku dah nak berambus ke?"Soal Mikayla yang baru masuk dalam ward itu. Dia menolak tiang beg airnya itu mendekati katilnya. Kakinya terhenjut-henjut mendekati katil itu.

"Maaf bro, aku dah tak mampu melayan sengsara bontot"Kata Qaisara dingin.

"Sudahlah, Saya pergi dulu ya"Sampuk Nadia selepas selesai menyimpan barangnya.

Mereka semua mengangguk kecil.

"Terima Kasih kak.."Ujar Qaisara dengan senyuman manis. Nadia membalas senyuman itu.

"Sama-sama.. Ingat ya, Jangan lupa datang buat appointment baby tau"Sebelum berlalu, Nadia memberi pesanan. Qaisara mengangguk kecil. Kemudian, Nadia berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Yang kau pula, dari mana?"Soal Iman pula kepada Mikayla.

"Makan angin"Jawabnya dengan tenang.

Klak!

Wajah kacak Ayden terpampang. Lelaki itu tersenyum kacak apabila melihat wajah Qaisara.

Ayden..

Lelaki yang diarah oleh Ashry untuk menjaganya sepanjang dia ditahan dihospital itu. Dia sempat mendengar arahan suaminya kepada Ayden.

Senyuman dibibir Qaisara terus mati melihat lelaki itu muncul didepannya.

"Oh Hello my dear!"Tegur Ayden mendekati Qaisara. Qaisara pula menjuling matanya ke atas.

"Tak payah nak dear dear sangat. Hmp!"Ajuk Qaisara memaling muka. Iman dan Rita menjungkitkan keningnya. Dah kenapa?

Ayden tersengih kekok. Suasana agak kekok apabila ramai wanita di dalam bilik itu.

"Alaa.. You merajuk ke? Jangan lah macam ni.."Pujuk Ayden sambal matanya mengerling ke arah Mikayla yang baru sahaja bersila di atas katil.

Mikayla yang perasan sepasang mata itu seakan meminta pertolongan itu, terus sahaja dia baring pura-pura mati.

"Aduh sakitnya perut ini.. Aku kena tidur nii"Kata Mikayla kuat sambil pejam mata. Ayden mencebik.

"Nak aku panggil doktor?"Suara Rita bertanya prihatin. Mikayla mengeleng.

"Tidur ni okay laaa"Berdayu-dayu suaranya berkata. Matanya masih terpejam.

MEVREOnde as histórias ganham vida. Descobre agora