special chapter!!!

2.6K 187 23
                                    

5 tahun kemudian...

"Qalish!"Panggil Qaisara sambil mencengkak pinggangnya. Matanya memandang tajam ke arah budak lelaki itu.

Syed Qalish Adrian.

Anak lelaki Qaisara dan Ashry. Terpaling comel, terpaling banyak karenah dan terpaling nakal.

"Apa?"Soal Qalish mengerutkan dahinya. Dia masih mengunyah biskut tiger itu.

"Kamu tak puasa? Bonda bagitahu ayah!"Serta merta mata budak lelaki itu membulat. Dia memandang bekas tupperway yang berisi biskut tiger.

"Oh no!"Jeritnya dengan mata membulat. Dengan akal yang bijak, dia membuat muka simpati kepada ibunya.

"aalish lupa"

"Banyak ah kamu lupa.. Baru 5 minit lepas, bonda pesan yang harini puasa"Potong Qaisara dengan pandangan tajam. Qalish mencebik.

"Alish baru 5 tahun la bonda, mana boleh puasa lagi."Selamba sahaja dia menjawab. Qaisara menghembus nafas lemahnya.

5 tahun sudah berlalu.. Tahun ini adalah tahun kedua dia mengajar anaknya untuk berpuasa.

Tahun lepas, Dia memberi kelonggaran untuk tidak berpuasa disebabkan si kecil ini mengalami demam panas yang tinggi.

Dan sekarang, Dia dan Ashry bertekad untuk mengajar anaknya berpuasa. Qalish pula, pada awalnya agak gembira dan teruja untuk berpuasa tetapi itu hanyalah sekadar kata-kata.

Rupanya agak sukar..

Tambahan pula, si kecil ini terlebih pandai.

"Okay, I'm gonna tell your dad."Jawab Qaisara selamba. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket.

"Oh no, You can't!"

"Yes, I can"

"Shit!"

"Hey! Siapa ajar kamu cakap macam tu pula hah?!"Mata Qaisara membulat apabila anaknya mula pandai berkata perkataan tersebut. Matanya memandang anaknya yang selamba menyuap biskut tiger itu lagi.

"Ayah ngah"Kata Qalish dengan mulut penuh.

Lagi bara api di kepala Qaisara apabila nama itu keluar dari mulut anak lelakinya. DASAR RAJA BANGANG!

"Kenapa ni?"Soal suara garau dipintu. Serentak mereka berdua memandang ke arah suara itu.

"Ayah?!!"Kata Qalish terkejut. Wajah dingin Ashry dipandang. Lelaki itu berpakaian tentera atasan lengkap.

Qaisara memeluk tubuhnya sambil memandang wajah suaminya.

"Kamu tak puasa lagi, Qalish?"Suara dingin itu keluar bertanya kepada anak lelakinya.

Qalish memandang bawah sambil mengangguk kecil. Dia takut dengan pandangan lelaki itu.

Sangat mengerunkan.

"Then, No ayam bakar for tonight"Jawab Qaisara selamba. Lantas si kecil itu memandang tajam ke arah Qaisara.

"Ane boleh macam tu! Bonda dah promise kan?!"

"Yup! tapi itu time kamu puasa tadi"

"Tak adil!!"

"Who cares?"Agak kejam ayat itu.

"Bonda ni..."Air mata lelaki itu mula bertakung. Tunggu masa sahaja nak jatuh. Mungkin bersertakan bunyi tangisan.

"Don't cry"Suara Ashry pula bersuara.

Tertahan-tahan budak lelaki itu menahan tanggisan. Air matanya mula mengalir. Mata bersinar itu memandang wajah ayahnya dengan pandangan simpati.

Tetapi Ashry hanya tenang memandang kembali. Tiada rasa simpati untuk si kecil ini.

MEVREWhere stories live. Discover now