BAB 64

1.8K 178 13
                                    

Bom!

"Arghh!"Jeritan team Alpha apabila sebuah kereta meletup dengan secara tiba-tiba.

Syukurlah kesemua team Alpha keluar dari kereta tersebut.

Ashry terhenti melangkah dengan mengejut. Wajahnya mula dingin memandang api yang marak itu.

Semua orang tertunduk apabila bahan letupan itu berlaku.

"A-pa."

"Mereka sengaja alihkan perhatian kita"Kata Ashry dingin sambil dia berpaling ke belakang. Matanya memandang wajah Qarizh, Ayden, Alvin dan juga Imran.

Kring!!

Bunyi siren di telefon Qarizh. Qarizh tersentak sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya.

"Kita kena pergi sekarang!"

"Aku dah agak.."Kata Qaisara perlahan. Matanya memandang Mikayla yang baru bangun itu.

"Tolong bawa bonda lari"

Bang!

Qaisara menarik tubuh Permaisuri Inara sebelum satu pin diletak pada poket bondanya.

"Lari keluar dari pintu belakang. Dalam stor lama.. ada laluan rahsia disana"Kata Qaisara sambil menolak tubuh Mikayla.

"Laluan rahsia? Kau tak rasa ke nanti mereka serang aku pula dekat sana?"Tanya Mikayla tak setuju. Dia ingin bersama Qaisara untuk tumpaskan musuh bersama-sama.

"Mustahil.. Tiada siapa yang tahu jalan rahsia tu kecuali aku dan Ashry.."Mikayla berdecit geram.

"Habis tu kau?"Soal Mikayla pula.

"Aku ada"Sampuk Iman laju. Mikayla serba salah nak tinggal mereka berdua.

"Jangan risau, Aku dah hantar code kecemasan dekat Qarizh."Kata Iman cuba menyakinkan Mikayla. Mikayla mengangguk perlahan.

"Jom bonda.."

Mikayla dan Permaisuri Inara menuju ke ruangan dapur manakala Iman dan Qaisara berjalan keluar dari pintu utama.

Mereka berpisah.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Iman dan Qaisara membalas tembakan pada pihak musuh.

Satu per satu berjaya ditumbangkan oleh Qaisara dan Iman.

Tetapi masih juga ramai yang muncul.

Bang!

"Ergh!"Tertunduk Qaisara apabila peluru lalu berselisih dengan bahunya. Dia tertunduk menahan pernafasan. Dia terlalu penat.

"Mana semua pegawai diraja? Takkan hanya kita sahaja yang keluarkan tenaga"Kata Iman termegah-megah membalas tembakan. Matanya mengerling kearah Qaisara yang menunduk.

"Mereka dah tumbang"Kata Qaisara sambil menunduk. Matanya memandang satu per satu pegawai diraja yang tumbang.

"Sial! Mereka semakin ramai!"

"Kita kena lari naik atas"Ajak Qaisara bangun. Wajahnya yang berkerut itu berlari mencapai satu bom di mayat pihak musuh.

Picu bom ditarik sebelum dibaling kuat ke arah musuh.

"Jom!"Kata Qaisara kuat. Tangannya menarik lengan Iman.

Bom!!

Bergegar pintu utama apabila bom itu meletup.

"Arghh!"Beberapa musuh terpelanting jauh. ada juga yang mati.

Iman dan Qaisara laju berlari naik ke atas. Mereka menuju ke bilik library. Barang buktinya perlu dibawa pergi!

MEVREWhere stories live. Discover now