BAB 3

3.4K 294 12
                                    

Mereka saling bertentang mata dan mereka juga diam.

'Qaisara?'
'Ashry?'

Desis hati mereka masing masing.

"Tentera Mevre?"Kata Aria memecahkan kesunyian diantara mereka.

"Ashry!"Panggil Nadia dibelakang Sarah. Ashry berpaling sekilas sebelum matanya tajam menikam mata Sarah yang tenang berdiri tegak dihadapannya.

"Apa motif kau tangkap keluarga davies?!"Suara garau Ashry kedengaran dingin. Suaranya yang serak garau dapat perhatian para-para gadis.

Tapi bukan bagi Sarah. Sarah hanya diam memandang wajah Ashry.

Tubuh Sarah lemah. Dia mengerutkan dahinya untuk menahan kesakitan. Dia kena bertahan untuk keluar dari sini.

"Ashry! Dia tak culik akak"Kata Nadia kepada Ashry. Ashry hanya mengabaikan percakapan Nadia. Malah dia berjalan mendekati Sarah. Sarah berundur kebelakang setapak.

Bang!

Aria melepaskan tembakan rambang kepada Ashry. Dia sengaja melepaskan tembakan tanpa terkena pada tubuh Ashry.

"Jangan dekat dengan dia"Ujar Aria dingin. Ashry tersenyum sinis memandang Aria.

Nadia berjalan kehadapan bersama anak-anaknya kearah Ashry.

"Percaya cakap akak. Dia yang tolong selamatkan akak. Kalau tak ada dia, Akak mungkin dah mati"Kata Nadia seakan merayu. Ashry diam dengan wajah yang dingin.

Sarah hampir tumbang tetapi sempat ditahan oleh Nadia. Tubuhnya semakin lemah. Wajahnya mulai pucat. Dia mungkin kehilangan banyak darah.

"Sarah!"Aria mahu menerpa kearah Sarah tetapi dihalang oleh tentera mevre. Dia ditangkap.

"Ya Allah,"Kata Nadia panik. Sarah cuba untuk bangun kembali tetapi dihalang oleh Nadia.

"Jangan banyak bergerak, Ia akan buatkan kamu kehilangan banyak darah!"Kata Nadia dengan tegas.

Ashry diam memandang Sarah yang degil itu. Kemudian dia memandang tentera pasukannya yang memegang Aria.

"Bawa dia pergi"Ujar Ashry sepatah. Tentera Mevre mengangguk sebelum mengheret Aria yang meronta-ronta untuk dilepaskan.

Mata Sarah mulai memberat. Dirinya seakan tiada kekuatan untuk menampung tubuhnya. Dia jatuh kedalam pelukan Nadia. Lagi Nadia gelisah.

"Ashry! Tolong akak angkat dia. Dia dalam keadaan kritikal"Kata-kata Nadia buatkan Ashry rasa berdebar. Tanpa dia sedar, Kakinya laju menerpa kearah Nadia.

Ashry terus saja mendukung Sarah gaya bridal style. Dia berlari keluar dari bilik stor ke unit kecemasan. Perempuan itu sudahpun tidak sedarkan diri.

"Cepat Ashry!"Gesa Nadia bersebelah Ashry. Ashry hanya diam menurut.

*********
Sarah membuka matanya perlahan-lahan. Dahinya berkerut memandang siling putih itu. Bau sahaja wangian ubat-ubatan ini menyakinkan dirinya berada dihospital.

Dia teringat pada dirinya yang terlibat dengan peperangan darurat. Terus sahaja dia bangun mengejut sebelum..

"Argh.."erangan sakit Sarah. Dahinya berkerut menahan sakit yang menyegat. Dia memegang perutnya yang terasa pedih. Ada kain putih membalutkan perutnya. Ternyata, dia baru sahaja lepas operate.

Lagi sekali, Dia mengeluh melihat tangan sebelahnya digari. Bala la benda ni.

"Sarah.."Panggil Iman perlahan. Sarah berpaling memandang Iman yang berada disisinya. Tangan Iman juga turut digari.

MEVREWhere stories live. Discover now