BAB 47

2K 190 10
                                    

Bam!

Pintu bilik kerja Qaisara ditendang kuat oleh Mikayla. Wajah Mikayla sangat dingin.

Dia melihat Qaisara yang diam berdiri tegak berhadapan cermin tingkap. Wajahnya tenang memandang pemandangan luar.

Dia langsung tak berpaling memandang Mikayla, Seolah-olah dia tahu dengan kehadiran Mikayla.

Mikayla berjalan mendekati Qaisara. Sebaik sahaja sampai bersebelahan Qaisara. Mikayla mula bersuara.

"Kenapa kau tembak Iman, Qaisara?"Soal Mikayla dengan dingin.

Qaisara hanya diam.

Mikayla mengetapkan giginya sebelum menarik kasar bahu Qaisara.

Qaisara terpaling. Dahinya berkerut memandang Mikayla.

"Iman tu kawan kita! Kenapa kau tembak dia? Takkan kau percaya bulat-bulat dengan mulut jantan tu!"Soal Mikayla marah. Sangat marah.

"Kau takkan faham.."

"Ya memang aku tak faham! Dan aku lagi tak faham kenapa kau percaya mereka dari sahabat kau sendiri!"Sampuk Mikayla kuat.

Qaisara kembali diam sebelum dia melepaskan keluhan lemah.

Wajahnya berpaling kembali memandang pemandangan di luar cermin tingkap itu.

Mikayla lagi bengang melihat Qaisara yang hanya tenang tanpa pedulikan apa-apa.

Mikayla mengeluh kasar sambil matanya dipejam. Dia kembali memandang sisi tepi Qaisara.

"Kau memang tak ada perasaan kan, Qaisara? Sikit pun kau tak ada kan?.."Suara Mikayla seakan merayu dan berharap agar Qaisara menafikan semua itu.

Diam.

Qaisara tidak menafikan.

Bibir Mikayla melakar senyuman pahit dengan wajah pura-pura gembira. Air matanya mula berkaca.

"..Hey.. Kalau betul la si Iman tu salah, Kau langsung tak layak untuk hukum dia! Negara kita masih ada undang-undang lah!"

"Dan disebabkan undang-undang lah, Bapa aku mati!"Sampuk Qaisara dingin.

"Itu tak bermaksud kau perlu elak benda yang terang-terang palsu!"Marah Mikayla kembali.

Klak!

Muncul wajah kacak Ayden. Dia baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu tetapi terhenti apabila melihat Qaisara dan Mikayla memandang sesama sendiri.

Pandangan mereka berdua begitu tajam. Setajam pisau yang dia tolong asahkan untuk makcik cafe.

Ruangan bilik tersebut  juga berasa dingin. Adakah dia wrong timing?

"Heh!.."Keluhan Mikayla kedengaran sangat sinis. Dia mengelengkan kepalanya berkali-kali sambil berkata..

"Kau memang kejam.."

"Kalau kau ditempat aku, Kau juga akan bersikap kejam.."Balas Qaisara dengan dingin. Mikayla tersenyum sinis.

"Aku bukan kau, Qaisara."

Wajah Qaisara mula berubah. Dia diam memandang wajah Mikayla yang dingin.

Mikayla berlalu pergi sambil melanggar bahu Qaisara.

Dia perlu pergi. Takut dia yang naik hantu sebab nak bunuh Qaisara pula. Jadi.. Untuk mengelak kejadian itu berlaku, dia kena pergi.

Ayden yang berada berhampiran pintu pula hanya diam memandang drama antara Mikayla dan Qaisara.

Tanpa memandang wajah Ayden mahupun tegur Ayden. Mikayla hanya berjalan dingin melepasi tubuh Ayden sebelum keluar dari bilik itu.

MEVREWhere stories live. Discover now