BAB 18

2.8K 255 30
                                    

Qaisara dan yang lain memutuskan untuk tinggal bersama Iman selama 5 Hari memandangkan kesihatan Iman agak terjejas.

Walaupun sudah dilarang oleh Iman, Qaisara dan yang lain tetap berdegil.

Lagipun, Masing-masing teruja kerana tidak pernah merasai hidup kampung. Seakan balik beraya la pula.

"Woi sakai! Bangun la, Matahari dah terpacak atas jalan tar pun.. kau taknak bangun lagi ke?!"Kata Qaisara kuat bersebelahan Ayden yang terlentang di ruang tamu.

"Jangan kacau I, Sara."Ujar Ayden dengan suara yang serak. Bukan dia tak tahu. Qaisara nak ajak dia berjalan.

Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. Dia sambung tidur selepas menunaikan solat subuh bersama yang lain.

Qarizh, Ashry dan Imran keluar lepak di pondok bersebelahan rumah kayu itu.

Angin pagi sangat sejuk, Sudah pasti segar kalau dapat menikmati.

"Alaaaaa, Bangun la den"Kata Qaisara sambil mengoyangkan badan Ayden dengan kuat.

Ayden mengerutkan dahinya. Budak ni kang.

"You pergi la kacau, Ashry. Asal kacau I."Kata Ayden seraya menutup wajahnya dengan bantal. Dia penat sebab semalam mereka para lelaki tidur lewat .

Layan bola laa.

Qarizh masuk ke rumah dengan wajah berkerut. Dia memandang pelik melihat wajah Qaisara yang masam bersebelahan Ayden yang masih terlentang itu.

Kening sebelahnya terangkat. Kenapa?

Qaisara yang melihat wajah si abangnya, terus saja dia menolak kuat tubuh Ayden kerana tidak puas hati. Ayden hanya mengabaikan serangan itu.

Qarizh tersengih. Faham dengan maksud serangan itu.

"Woi den, Dah pagi ni. Bangun lah"Kata Qarizh sambil menyepak kaki Ayden dengan selamba.

Laju saja Ayden bangun sambil melihat Qarizh dengan tajam. Berani kau sepak kaki aku?!

Qarizh hanya selamba melepasi Ayden sebelum Iphone 13 miliknya di capai.

Qaisara pula tersengih melihat wajah Ayden seakan menahan amarah. Rambut Ayden yang serabut itu menampakkan lebih kacaknya seorang Ayden.

"Keluar lepak sana, Bukan senang kita nak hirup suasana pagi di kampung"Arah Qarizh berjalan ke arah pintu keluar.

Ayden melepaskan keluhan lemah sebelum matanya memandang wajah Qaisara yang ceria itu.

"You nak apa ni, sayang?"

"Jom ah keluar jejalan"Ajak Qaisara ceria.

Tak kisah dengan panggilan Ayden. Ayden selalu memanggilnya sayang walaupun dihadapan Ashry.

Hampir bertumbuk mereka berdua tetapi Ashry hanya membiarkan sahaja kerana tahu, Qaisara akan jadi miliknya juga.

Untuk pengetahuan semua. Qaisara rapat dengan Ayden sebab Ayden hanya kuat melayan Qaisara yang gila-gila.

"Yela, Kita keluar. Kejap, I nak masuk toilet"Ujar Ayden sambil bangun. Rambutnya yang serabai itu dirapi sedikit dengan jarinya.

Walaupun masih serabai, Dia tetap handsome. Lain pada sebelum ini.

Untungnya bakal isteri si, Ayden. Pagi- pagi dah ada pemandangan indah.

"Aku tunggu dekat luar tau!"Kata Qaisara di hadapan pintu rumah itu. Dia memandang Ayden yang sedang melipat tilam tersebut.

"Okay"Kata Ayden yang sibuk mengemas tempat tidur itu. Qaisara tersengih sebelum turun dari rumah itu.

Kelihatan Iman dan juga Qaireen sedang gelak tertawa disebelah rumah itu. Mereka berkebun bersama. Rajin betul nak tanam banyak bunga kat situ.

MEVREWhere stories live. Discover now