BAB 21

2.5K 243 9
                                    

"Edward"Panggil Qaisara perlahan. Dia tergamam melihat perubahan Edward.

Edward tak macam orang yang di kenal.

Kemudian, mata Qaisara mula focus pada luka panjang yang akan menjadi parut dipipi Edward.

Edward mengalihkan pandangan.

"You happy Qaisara?"Tanya Edward lembut tapi kedengaran sinis.

Qaisara tunduk memandang dressnya. Kedua tangannya mengenggam erat pada kain dressnya.

"Apa yang kau buat dekat sini"Tanya Qaisara tanpa menjawab soalan Edward. Matanya tajam menikam mata Edward.

Edward tersenyum sinis. Perlahan-lahan, dia menghampiri Qaisara.

Qaisara hanya berdiri tegak memandang tajam kearah Edward. Bau perfume Edward menusuk ke hidungnya.

"Tengok makam Aria? Tapi.. tak sangka pula, You berani datang sini kan?"Edward berkata dengan senyuman palsu.

Qaisara mengetapkan giginya.

"Ingat, Qaisara. you punca semuanya berlaku.."Edward berkata tegas. Qaisara memejamkan matanya menahan marah.

"...Kalau bukan you yang setuju untuk musnahkan Tuan Adam. Aria takkan mati"Bisik Edward lagi.

"Kau tak tahu cerita betul, Edward. Baik kau diam"Kata Qaisara dengan perlahan. Dia masih mengawal amarahnya.

Edward tertawa sinis. berdiam huh?

"Why? You takut pengakuan I, Buat semua orang tahu?"Tanya Edward kuat buatkan orang sekeliling mula memandang mereka.

Qaisara memandang sekeliling. Apa yang laki ni cuba lakukan?!

"Sarah Adlina. Atau nama sebenarnya, Qaisara Abharina. Puteri bongsu Tuanku Almarhum Raja Qashid"Edward berkata satu demi satu.

Mata Qaisara mula membulat. Macam mana dia tahu?..

"Peristiwa kemusnahan Helfer yang lalu adalah sebuah rancangan daripada dia sendiri!"Sambung Edward kuat. Senyuman dibibir lagi melebar sinis kerana dapat mengenakan Qaisara.

Qaisara mengenggamkan tangannya menahan amarah. Lelaki ini memang menguji kemarahannya.

Kedengaran mulut-mulut yang mula menghina dirinya. Qaisara sesak nafas. Ada juga yang mula merakam kekecohan ini.

".. Dan dia juga,.."

"Stop, Edward"

Edward pula hanya memeluk tubuh sendiri sambil matanya memandang Qaisara.

"..Telah bunuh pahlawan Aria dengan tangannya sendiri"Sambung Edward mendatar.

"Berhenti palsukan cerita!"Kata Qaisara kuat dengan nada yang tegas.

Terus tawa jantan itu kedengaran. Dia memandang Qaisara yang menahan amarah itu.

"Palsukan cerita?"Soal Edward kembali.

Kemudian, Tangan Edward memegang pipinya sendiri. Pipi luka itu.

"Remember this?"Tanya Edward dengan suara yang mendatar. Wajahnya mula beku.

"Stop"Qaisara berkata perlahan. Kepalanya sakit kerana memori peperangan di Helfer terpapar pada matanya.

"Why Sara? You tak boleh terima ke? yang You punca Aria mati?"

"STOP IT!"Kata Qaisara kuat sambil memegang kepalanya kuat. Detik-detik bangunan runtuh itu mula keluar terpapar di matanya.

Kerana..

MEVREWhere stories live. Discover now