BAB 15

2.8K 274 26
                                    

"Qaisara is Sarah.. Aku masih dalam keadaan terkejut."Ujar Imran sambil membaca surat DNA test Qarizh dan 'Sarah'

Ashry pula diam.

Masih ingat Nadia? Doktor pakar Mevre. Selepas sahaja kematian Aria, Doktor Nadia sendiri datang berjumpa dengan Ashry tentang surat DNA test

Flashback

"Ashry!"Panggil Nadia dari jauh. Langkah Ashry berhenti sebelum berpaling memandang Nadia.

"Kak Nadia.."Dia melihat Nadia berlari anak mendekati Ashry.

"Kenapa kak Nadia?.."

Nadia tanpa banyak kata, Dia memberi satu sampul surat bersaiz A4 kepada Ashry. Ashry memandangnya.

"Ini hasil DNA test Qarizh dengan 'Sarah' yang sebenar. Akak dah tahu lama yang Sarah adalah Qaisara. Perempuan yang Ashry carikan selama ni"Tenang sahaja Nadia mengaku.

Ashry terdiam seribu kata.

Marah? Ya , Dia sangat marahkan Nadia kerana menipunya dengan perkara yang besar.

"Kenapa akak tipu, Ashry?"Suaranya seperti tertahan-tahan menahan amarah.

"Ini adalah permintaan Qaisara sendiri, Ashry. Akak pada awalnya tak setuju nak tipu kamu dengan Qarizh Tapi...."

"Tapi apa akak!"Ashry bertanya dengan nada yang dingin.

"..Qaisara merayu pada akak. Dia kata Qarizh dengan keluarga dia takkan selamat kalau ramai yang tahu dia puteri yang hilang"Ashry terdiam seketika. Tak selamat?

"Dah tiba masanya akak kena bagitahu perkara yang sebenar dekat Ashry memandang ramai yang cuba untuk dekati Qaisara, Nasib baik.. Qarizh ada letak Arul depan bilik warded Qaisara"

"Ramai orang cuba dekati Sara?"Tanya Ashry meminta kepastian. Nadia mengangguk.

"Mereka agak mencuriga. Selalu nurse dekat area sini kata, Mereka bertegas untuk berjumpa dengan Qaisara tapi akak tak benarkan" Balas Nadia dengan serius.

"Akak.. Boleh saya ambil rakaman CCTV di area kaunter pertanyaan?"Tanya Ashry yang juga serius. Nadia mengangguk.

"Nanti akak suruh Uncle Davies kamu bagi pendrive rakaman tu dekat kamu okay? Akak kena pergi sekarang ni" Ashry hanya mengangguk setuju.

"Terima kasih Akak"

"Sama-sama"

End flashback

"Maksudnya, Ramai dah tahu la..Qaisara ialah puteri yang hilang?"

Ashry mengangguk lemah. Wajahnya kelihatan serabut.

Imran dan Ayden diam manakala Qarizh pula focus melihat CCTV.

"Takkan la orang kita yang sebarkan berita Qaisara tu puteri yang hilang?Kita sendiri yang bagitahu pada mereka yang berita ini perlu dirahsiakan"Kata Imran spontan buatkan Ashry tergamam. Pantas sahaja matanya berpaling memandang Imran.

Ayden dan Qarizh juga memandang Imran.

"Wowo pahal? Takkan betul kut?"Tanya Imran pelik.

"Logik tau pernyataan kau."Ujar Ayden dengan wajah yang tergamam. Imran juga terdiam apabila sedar dengan ayatnya.

"Argh! aku dah give up untuk fikir semua ni"Keluh Qarizh sambil menutup Macbook milik Ashry.

"Terlalu awal la untuk kau give up"Balas Ayden selamba. Qarizh mencebik geram. Nyampah aku.

MEVREWhere stories live. Discover now