BAB 50

2.1K 204 18
                                    

"Ya, aku yang ambil rakaman CCTV tu"Jujur Qaisara memandang Qarizh yang dingin itu.

"Kenapa kau buat macam tu tanpa pengetahuan aku?"Nada suara Qarizh juga berubah tegas. Matanya tajam memandang Qaisara.

Qaisara hanya diam di atas katil hospital.

Iman, Imran , Ayden dan Ashry juga ada dalam bilik hospital Qaisara.

Mereka hanya mampu diam.

Qarizh melepaskan keluhan kasar sebelum dia meraup rambutnya kebelakang.

"Kau tahu kan, Sistem Mevre tu ketat? Tiada siapa yang dapat access system tu. Tak kisah la dia tu orang atasan sekalipun!"Soal Qarizh menahan amarah.

Urat dilengannya mula berselerak timbul. Wajah putih Qarizh mula merah.

"Aku tahu.."

"Habistu! Kenapa kau buat juga?!"

"Aku cuma nak hapuskan lintah kotor dalam bangunan ni.."Jawab Qaisara bernada dingin. Matanya berani menatap mata tajam Qarizh.

"Berhenti berkiasan Qaisara Abharina! Aku tak main-main!"Tengking Qarizh kuat buatkan ramai terkejut.

Bahu Iman terangkat apabila suara tengkingan itu kuat memecah gegendang telinganya.

"Rizh.."Imran mula panggil apabila sedar Qarizh mula melepaskan amarah itu. Dia tahu, Mulut Qarizh akan cakap main lepas sampaikan tak jaga isi hati orang itu.

"Eh Sara.. Kau bernasib baik tau, yang sistem Mevre tak attack gajet yang kau guna untuk masuk sistem tu. Kalau dia attack, Silap haribulan.. Muka kau dah pecah lah!" Marah Qarizh semakin menjadi-jadi.

"Salah sikit saja boleh buat sistem tu musnah. Semua tentang maklumat Mevre akan diceroboh!.."Qarizh berjalan menghampiri Qaisara. Ayden menghalang.

"..Dan kalau maklumat tu jatuh pada orang yang salah! Lagi ramai yang akan datang untuk jatuhkan Mevre disebabkan perangai selfish kau tu!"Tengking Qarizh kuat.

Qaisara terdiam tanpa membalas apa-apa. Dia sedar, Dia yang salah. Tapi dia buat semuanya bersebab.

"Rizh.. Sabar., Benda dah lepa-.."

"Aku adik kau, Rizh. Takkan kau tak percayakan aku"Soal Qaisara dengan tenang.

Dia tahu dia salah tetapi tak bermaksud Qarizh boleh tegur dia dengan cara menengking.

Teguran dia seolah-olah, dia orang luar.

"Eh tak kisah la kau adik aku atau tak! kau langsung tak layak pegang sistem tu, Lagi-lagi kau tu be-.."

"Bekas helfer?"Sampuk Qaisara dengan senyuman nipis. Dia kini bangun dari tempat duduknya menghadap Qarizh.

"Ya!"

"Qarizh!"Suara Ayden kuat memanggil nama sahabatnya. Qarizh sudah melampau!

Qaisara mengangguk faham.

"Aku rasa kau dah melampau ni, Rizh"Bisik Imran disebelah Qarizh. Dia memandang Qaisara yang tenang memganggukkan kepala itu.

Qarizh tersedar apabila dia sudah melebih-lebih memarahi Qaisara.

"Aku dan Iman akan undur diri dari mevre"Ujar Qaisara tak dijangka. Terkejut semua orang dibuatnya.

"Qaisaraa.."Panggil Iman perlahan apabila tidak senang dengan keputusan Qaisara.

Qarizh terkedu dengan pernyataan yang keluar dari mulut adiknya.

"Aku tak setuju"Ashry mula bersuara. Matanya merenung tajam ke arah Qaisara.

MEVREWo Geschichten leben. Entdecke jetzt