BAB 70

2.4K 208 11
                                    

"Negara Aksary?"Soal Qarizh meminta kepastian. Qaisara hanya mengangguk.

"Hanya mereka sahaja yang ada jawapan untuk kita"

"Jawapan apa?"Soal Imran yang sama bengap dengan Qarizh.

"Jawapan siapa dia"Jawab Qaisara dengan tenang.

Qarizh masih berkerut pelik.

Negara Aksary bukannya dekat. Jauh! Boleh dikatakan hujung dunia jugalah.

Qaisara mengeluh kecil apabila Qarizh kelihatan masih diam.

"Peristiwa 19 tahun dahulu, Hari sepatutnya ayahanda bertolak ke sana untuk berjumpa dengan raja Aksary..."

"Jadi?"Sampuk Imran laju.

"Sabar."Kata Qaisara dengan penuh sabar. Dia mengeluarkan lagi file-file yang mereka mungkin dah jemu untuk melihat.

"I found this"Kata Qaisara sambil memberi satu kertas cetakkan.

"Apa ni?"Kata Imran yang masih binggung. Mikayla sudah menjuling matanya ke atas.

"Apa hal lah mamat ni lembab sangat"Decit Mikayla perlahan. Dia bangun mendekati mereka.

"Meh aku cerita dengan lebih terperinci.."Dia mengambil kertas di tangan Qaisara sebelum menunjuk sesuatu.

"Hari dimana Qaisara diisytiharkan hilang itu, adalah hari perjanjian Almarhum Qashid untuk bertemu dengan raja aksary."

Pak! Mikayla mengeluarkan satu helai lagi kertas dan dihempas pada meja itu. Jarinya tertunjuk pada sesuatu tulisan.

Masing-masing fokus memandang dan diam untuk mendengar penerangan Mikayla.

"Dan hari dimana identiti Qaisara disembunyikan pula adalah hari dimana Irvan gagal untuk bertemu dengan raja aksary..."Kemudian, Mikayla menunjuk lagi satu laporan kisah datuk Qaisara pula.

"Kes almarhum Tuanku Qasim Khalis juga sama. Dia mati dalam hari dimana dia sepatutnya pergi ke negara aksary. Senang cerita, Ketiga-tiga mereka gagal untuk bersemuka dengan raja aksary."

"Jadi?"Soal Qarizh yang sudah lama berdiam.

"Maksudnya negara aksary pasti ada kena mengena dengan hal ni. Sama ada mereka ada jawapan ataupun mereka adalah punca"Terang Mikayla.

"Yup!"Kata Qaisara dengan ceria. Sangat suka dengan pernyataan jelas MIkayla.

"Aku bukan nak spoiler lah, tapi aku masih tak dapat point kau"Ujar Imran dengan selamba.

"Astagfiruallahalazim"Mikayla mengucap perlahan. Apa mamat ni susah sangat nak faham ke?!

"Ada betulnya juga"Kata Ayden yang baru tangkap selepas difikirkan balik. Dia menarik kertas itu dari tangan Mikayla.

"Bila fikirkan balik, tiga-tiga orang ini tak berjaya untuk jejak negara sana. Seolah-olah kedudukan si dalang ni macam tergugat"Kata Ayden dengan bijak.

"Wow.."Ujar Qarizh apabila sedar dengan perbualan tersebut. Ashry juga diam mengangguk.

"So my plan is, kita kena berpecah"Sampuk Qaisara dengan tenang.

"Hah? Why?"Tanya Imran yang sebenarnya masih tak faham lagi.

"Ayahanda pergi dengan berkumpulan pun tertewas.. sama juga uncle yang pergi seorang diri tapi tetap tertewas juga. Why not if, we do both of the plan?"Ujar Qaisara sambil matanya memandang sekelilingnya.

"How about datuk kau? Tuanku Qasim.. dia tak tertewas pada awalnya kan?"Soal Iman pula sambil memegang laporan Almarhum Tuanku Qasim Khalis.

Qaisara mengeleng.

MEVREWhere stories live. Discover now