BAB 32

2.7K 242 18
                                    

Vroom!

Kelihatan Kenderaan mewah milik tentera Mevre masuk di kawasan bangunan tentera Fenry.

Terdapat 5 buah kenderaan tentera Mevre yang ada. Kesemuanya adalah team Qarizh.

Mereka semua berasa teruja melihat banggunan Fenry yang mewah itu.

"Wow.."Mata Imran bersinar memandang teruja di kawasan itu. Kelihatan beberapa tentera sedang menjalankan latihan harian.

Sampai sahaja di bangunan utama Fenry. Mereka semakin teruja melihat beberapa orang yang sedang menunggu ketibaan mereka.

Dah macam VVIP dibuatnya.

Mereka semua bertindak keluar menghadap orang-orang atasan Fenry.

Masing-masing bersikap profesional. Bersikap seorang raja. Masing-masing berwajah dingin dan serius menghadap para atasan.

Qaisara memulakan langkah. Wajahnya yang dingin berjalan tenang menghampiri Tuan Peter Armen.

"Tuan!"Qaisara mengangkat tangan sebelum tabik hormat kepada ketuanya itu.

Tuan Peter berwajah dingin memandang Qaisara sebelum dia juga menabik hormat. Menyambut kepulangan Qaisara.

"Laporkan diri kamu wahai anak Qashid"Tuan peter dengan lembut.

Tentera Mevre mula berdiri tegak sebaik mendengar arahan Ketua Fenry. Cara mereka hormatkan majlis sambutan ini.

"Lapor Tuan! Saya Kapten Sara telah berjaya menjalankan tugas dalam misi terpenting negara! Saya juga telah pulang dengan selamat tanpa mengianati Fenry!"

Tuan Peter mengangguk perlahan.

"Laporan kamu diterima! Sesuaikan diri kamu seperti biasa"Ujar Tuan Peter dengan tenang. Wajah dingin itu mula dihiasi dengan senyuman nipis.

Qaisara mula tersenyum lebar.

"Sara rindukan Uncle!"Ujar Qaisara dengan gembira.

"Uncle pun"Matanya memandang tentera Mevre dan Kelihatan Iman juga tersenyum lebar.

Kemudian, Matanya jatuh memandang anak sulung Syed Abbasy dan abang Qaisara.

Qarizh mendekati mereka sebelum Tuan Peter berjabat tangan dengan Qarizh.

"Apa khabar kamu, Qarizh?"Soal Tuan Peter tenang. Senyuman lebar ditayang.

"Saya baik, Tuan. Tuan Apa khabar?"

"Panggil saja saya Uncle macam Qaisara panggil. Alhamdulilah saya sihat saja. Sihat orang tua"Sempat lagi Tuan Peter berkata. Matanya memandang Ashry yang juga mendekati mereka.

Tangan mereka berjabat.

"Kamu suami Sara ya?"

Ashry mengangguk tenang sambil membalas senyuman.

"Ya Tuan, Saya suami dia"

"Ala jangan bertuan-tuan dengan saya.. Kamu orang terpenting untuk Qaisara. Panggil saja saya Uncle."Tegur Tuan Peter dengan tenang.

Qaisara tersengih sebelum menarik lengan Ashry. Dia memeluk lengan itu dihadapan Tuan Peter.

"Saya cuba, Uncle"Ujar Ashry sopan. Tangan cuba merungkai pelukkan Qaisara secara diam.

Dia tak kisah Qaisara mahu bermanja dengannya tetapi mereka sekarang berhadapan dengan si ketua.

Kelakuan kena jaga.

"Sayang, Jaga kelakuan"Tegur Ashry perlahan. Qaisara tersengih seraya melepaskan pelukkan. Hampir terlupa pula dia.

Tuan Peter tertawa kecil. Tahu dah, Sikap manja Qaisara.

MEVREWhere stories live. Discover now