BAB 63

1.9K 205 19
                                    

"Mana Ashry?"Tanya Imran sebaik sampai ke dalam bilik meeting mereka.

"Orang dah ada bini Im, mana mahu nak lepak dengan kita"Ujar Qarizh selamba. Ayden mencebik menyampah.

"Kau pun tak lama lagi.."

"Ah aku sebab tak nak bercampur dengan orang single nanti"

"Memang biadap anjing ni"Kata Imran dengan dingin. Ayden hanya ketawa kecil.

Kring!!!!

Bunyi siren kuat dari arah luar. Masing-masing bangun mengejut sebelum diam memandang sesama sendiri.

"Irvan a..-"Tak sempat Imran mahu habiskan ayat, Qarizh dan Ayden telah pecut keluar dari bilik tersebut.

Buk! 

Qaisara berhenti mengejut dari lariannya sambil matanya memandang tajam ke arah Qarizh yang membuka kasar pintu bilik itu.

Dia juga berlari mahu menghampiri bilik hukuman Irvan..

"Sara?!"Kata Qarizh dan Ayden terkejut. Qaisara hanya berdegus geram sebelum dia menyambung berlri menuju ke bilik hukuman itu.

"Kenapa dia tak balik istana lagi?"Soal Qarizh pelik kepada Ayden.

"Manalah aku tahu!"Kata Ayden terus mengejar langkah Qaisara.

Sebaik sahaja mereka sampai. Qaisara termegah-megah mengawal pernafasan sambil matanya keadaan di kawasan itu.

Melihat beberapa pegawai telah ditumpas oleh Irvan. Ada juga sedang mengerang kesakitan.

"Sial!"Carut Qarizh sebaik sampai melihat keadaan tersebut.

"Minta semua tentera turun padang. Kita cari Irvan sampai dapat"Arah Qarizh dingin kepada Alvin.

"Baik Tuanku!"Jawab Alvin sebelum berlari meninggalkan mereka.

Qaisara diam memandang dalam bilik tersebut. Dia mengerutkan dahinya memandang bilik tersebut.

Matanya juga lantas memandang CCTV.

"Ada orang yang tolong, Uncle keluar"Ujar Qaisara terketar-ketar.

Qarizh berpaling memandang Qaisara yang sudah mengigil.

"Siapa?"Soal Imran.

"Ayahanda"Qarizh terkedu memandang Qaisara. Lebih tepat apa yang ditunjuk oleh Qaisara. Serpihan bom kecil di lantai dan juga di kawasan CCTV.

"Hanya Ayahanda seorang sahaja yang cipta mini bom ni"Kata Qaisara  bergetar sambil matanya memandang Qarizh yang diam.

Mustahil!

***********
Buk! Buk! Buk!

Bom!

Dengan 3 kali tendangan bersertakan satu mini bom. Lelaki itu berjaya tumbangkan 3 orang tentera Mevre dan pagar yang mempunyai kunci terbuka.

Hanya kunci yang meletup. Pagarnya tidak meletup.

"Rose"Panggil Irvan apabila melihat Isterinya berkeras untuk tidak mengikut lelaki itu.

"Ab-ang?"

"Masuk Rose, Abang ceritakan nanti"Rose hanya diam memandang suaminya itu.

"Kita kena gerak sekarang!"Kata suara garau itu dengan dingin. Bunyi Siren polis semakin hampir. Rose menelan air liur kesat.

"Cepat!"

"Maafkan Aunty, Sara.."Kata Rose sambil dia berlari mendekati kenderaan itu.

Lalu kereta itu berluncur laju keluar dari kawasan perumahan itu.

MEVREWhere stories live. Discover now