BAB 49

2.2K 203 13
                                    

Masing-masing terdiam memandang screen laptop. Terkejut? Tak sangat.

Tapi lebih pada terkedu.

"Ni pendrive yang kau dapat dari Iman?"Soal Imran tanpa memandang sesiapa. Matanya focus pada screen laptop itu.

"Ya"Jawab Qarizh sepatah.

Berkerut dahi Ayden dibuatnya.

video Iman.

Imran menekan file tersebut.

Pap!

"Saya akan ada misi penting bersama aria dan sarah"

....

"Betul ke? kamu nak bunuh aria dengan cara begini?"

"Saya kalau boleh.."

"Saya nak bunuh dia dengan tangan saya sendiri"

"Sebab saya bencikan dia"

"Apa kata kita skip pergi video lain?"Cadang Ayden.

Imran mengangguk perlahan sebelum memilih video yang lain.

Pap!

-Rakaman sebenar-

Kelihatan Tuan Adam dan Iman di dalam bilik pejabat.

Wajah Tuan Adam seakan menahan amarah. Matanya tajam memandang Iman yang tenang itu.

"Saya seorang tentera, Tuan. Saya tak tahu panjang mana hidup saya."Suara Iman mula kedengaran.

Iman melepaskan keluhan perlahan.

"Selepas ini, Saya akan ada misi penting bersama Aria dan Sarah.."

Iman memandang wajah Tuan Adam. Tuan Adam betul-betul marahkan dia.

"Saya harap tuan faham, Kenapa saya terpaksa tolak lamaran anak tuan."

Bizz!

Video rakaman terhenti.

"Wait... Si Adam tu ada anak?"Soal Imran tak percaya. Dia berpaling memandang Qarizh dan Ashry. Wajah mereka berdua dingin.

Qarizh mengangguk kecil. Dia mula memeluk tubuhnya sendiri walaupun hatinya mula panas apabila tahu Iman pernah dilamar oleh seseorang!

"Tapi bukan orang tua tu belum kahwin ke?"Soal Imran sekadar kepastian.

"Heh! Orang tua ni murah rupanya"Kata Ayden dengan suara dingin.

Ternyata Helfer bukan sahaja busuk hati tapi segala tentang mereka juga busuk!

Imran mengangguk setuju. Kemudian, tangannya kembali menekan butang enter untuk menyambung video tersebut.

"Kenapa kamu tolak lamaran anak saya! Kamu tahukan dia sukakan kamu?!"Suara Tuan Adam kedengaran kuat di dalam rakaman.

"Sebab dia adalah penyebab ibu bapa saya meninggal!"Suara Iman juga meninggi.

"Jadi kamu nak salahkan dia seratus peratus?, Berani kamu tuduh anak saya macam tu?!"Tuan Adam mula bangun dari tempat duduknya.

"Saya tak tuduh dia, Tuan.."Suara Iman mula dingin.

Matanya tajam memandang Tuan Adam.

"..Tapi saya bercakap fakta.."Sambung Iman lagi.

Tuan Adam berdecit sinis.

"Apa bukti kamu untuk tuduh anak saya sebegitu rupa?!"Soal Tuan Adam sinis dalam keadaan marah.

Iman mengetapkan rahangnya. Satu file dicampak kasar olehnya.

MEVREWhere stories live. Discover now