BAB 26

2.5K 249 15
                                    

Qaisara diam memandang wajahnya yang berseri-seri itu dihadapan meja cerminnya. Dia memakai tudung shawl berwarna putih suci.

Qaisara berbaju kurung model putih berserta manik-manik yang bersesuai untuk tema akad nikahnya. Serba putih, Sesuai dengan kulit putih gebunya.

Makeup pula, Mak andam puji dengan kulit Qaisara. Mudah untuk makeup. Tiada cacat cela untuk ditutup. Qaisara pandai menjaga kulit walaupun dia seorang tentera.

Tema akad nikahnya, hanyalah Simple tetapi cukup elegant.

Lagi beberapa puluh minit, Dia akan bergelar seorang Isteri kepada Ashry Adrian.

Gementar? Tersangat lah ya, Dia rasa nervous untuk hadap ramai orang dibawah.

"Qaisara, Kamu dah siap ke sayang?"Soal Permaisuri Inara yang baru masuk kedalam bilik anaknya. Bilik itu juga dihiasi cantik sempena pengantin baru.

Qaisara hanya mengangguk dengan senyuman nipis. Matanya terpandang katilnya yang sudah memenuhi dengan kelopak bunga rose merah. Kepala katil pula, Dihiasi cantik dengan kain-kain lawa serta bunga yang terselit. Dah nampak macam katil di taman bunga pula.

Permaisuri Inara tersenyum melihat anak bongsunya itu. Sungguh cantik sehinggakan dia juga terpana. Dia menyentuh tangan Qaisara yang sudah diukir dengan inai putih. Tangan Qaisara lembut dan sejuk. Mungkin sejuk aircord.

"Bonda tak sangka, Anak kesayangan bonda akan berkahwin harini"Soal Inara dengan perlahan. Matanya masih memandang wajah Qaisara.

Qaisara tersenyum sebelum membalas genggaman bondanya.

"Jadi Isteri yang baik untuk Ashry ye sayang. Taat kepada suami kamu. Layan suami kamu baik-baik. Jangan layan macam kawan pula"Sempat lagi Permaisuri Inara membebel. Qaisara hanya mengangguk dengan senyuman manis.

Senyuman seperti Raja Qashid.

Sebak hati permaisuri Inara untuk melepaskan. Melihat anaknya berkahwin buatkan dirinya rasa terharu. Anaknya sudah dewasa.

Masih teringat hari dimana dia melahirkan Qaisara dengan susah payah. Raja Qashid pula masa tu, hanya setia berada disisinya. Langsung tak rengang.

Andai kata Suaminya ada sekarang. Pasti mereka berdua sudah gembira bersama.

Tanpa sedar, Air mata Permaisuri Inara jatuh buatkan Qaisara juga sebak.

Dia tahu, bondanya itu rindu kepada Ayahandanya

Tangan putihnya menyapu lembut air mata Permaisuri Inara perlahan.

"Tak mo la nangis bonda, Nanti muka buruk macam mana?"Pujuk Qaisara comel buatkan Permaisuri Inara melepaskan tawa.

Qaisara tetap anak kecilnya.

Qaisara bertindak memeluk tubuh Permaisuri Inara. Rasa nyaman dalam dakapan si ibu.

Tok! Tok! Tok!

Kelihatan Rose juga ada dihadapan pintu. Dia juga cantik berpakaian seperti permaisuri Inara.

Qaisara dan permaisuri Inara meleraikan pelukkan sebelum memandang Rose.

Ikut tema kan.

"Aunty"Cebik Qaisara memandang Rose yang tersenyum itu. Perempuan yang menjaga dirinya dari kecil. Dia Sudah menganggap wanita itu ibu. Ibu kedua selepas bondanya.

"Cantiknya Saraa nii"Puji Rose sambil berjalan mendekati Permaisuri Inara dan Qaisara.

Permaisuri Inara tersenyum manis. Dia memandang satu kotak kecil ditangan Rose.

MEVREWhere stories live. Discover now