BAB 13

3.1K 272 10
                                    

Kereta Audi RS e-tron GT berwarna hitam milik Qarizh memasuki perkarangan Istana.

Qaisara hanya diam memandang perkarangan Istana yang luas itu. Dadanya berdebar memandang pintu utama Istana.

Kelihatan seorang perempuan tua yang sedang menunggu ketibaannya. Disisinya pula, ada seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 25 keatas.

Bondanya, Pemaisuri Inara dan kakaknya, Qaireen Ariana.

Kereta Audi milik Qarizh berhenti dihadapan pintu utama istana.

Qaisara memandang pintu utama itu. Air liur ditelan kesat. Nervous.

19 Tahun itu sangat lama.

Qarizh berpaling memandang Qaisara yang diam disebelahnya.

Kini, Hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta tu.

"Sara,"Panggil Qarizh dengan nada yang lembut. Qaisara tersentak sebelum berpaling memandang Qarizh.

Qarizh tersenyum nipis.

"Jom keluar, Bonda dan kakak dah lama tunggu Qaisara."Pujuk Qarizh lembut. Matanya memandang Pemaisuri Inara yang sudah melangkah menuju ke pintu kereta Qaisara.

Qaisara mengangguk perlahan. Baru sahaja tangannya mahu mencapai timbol pintu kereta itu..

Pintu itu sudah di buka dari luar.

Klak!

"Ya allah, Qaisara.. anak bonda"Ujar Pemaisuri Inara yang sudah mengalirkan air matanya.

Qaisara tersentak apabila dirinya telahpun dipeluk oleh Pemaisuri Inara.

Dia melihat Qaireen, kakaknya juga melangkah mendekati mereka sebelum memeluk tubuhnya dengan erat sekali.

Pembantu Istana juga ada disitu memerhati mereka anak beranak. Air mata juga mengalir memandang suasana itu. Sudah lama mereka menunggu detik- detik ini.

Qaisara perlahan-lahan membalas pelukan itu. Matanya dipejam rapat menikmati pelukan bonda dan kakaknya.

Qarizh tersenyum nipis memandang mereka bertiga. Seandainya, Ayahandanya masih ada lagi. Mesti, dialah paling gembira berjumpa dengan Qaisara.

Pin!

1 kereta Alpard berwarna putih hon sebaik parking dibelakang kereta Audi milik Qarizh.

Pemaisuri Inara menoleh sebelum melepaskan pelukan. Matanya memandang kereta itu dengan kerutan halus di dahi.

Klak!

Wajah Rose dan Irvan terpampang dari muka pintu kereta itu.

Pemaisuri Inara terkedu.

Tidak lupa dengan kehadiran Syed Abbasy dan Isterinya. Mereka datang kerana Irvan yang menjaga Qaisara selama ini.

Ashry juga keluar dari pintu driver. Dia lah yang memandu kereta itu.

"Irvan? Rose?"Ujar Pemaisuri Inara perlahan.

"Bonda.."Panggil Qaisara lembut. Pemaisuri Inara pantas berpaling memandang Qaisara yang berada disebelahnya.

"Uncle Irvan dan Aunty Rose diamanahkan oleh Ayahanda untuk jaga Sara"Terang Qaisara perlahan. Lagi banyak air mata Pemaisuri Inara mengalir.

Perlahan-lahan wanita itu berjalan mendekati Rose yang sudahpun mengalir air mata.

"Pemaisu-.."

"Terima kasih, Rose.. Irvan"Pemaisuri Inara menyampuk sambil memeluk tubuh Rose dengan erat. Air matanya mengalir syukur.

MEVREWhere stories live. Discover now