BAB 72

1.8K 147 6
                                    

Buk! Buk! Buk! Buk! Buk!

Dengan sekuat hati, Ashry memberi tumbukan berpadu kepada Edward.

"Kau tak sepatutnya tinggal bini aku lah sial!"Ashry mengamuk dan menghadiahkan sepakan padu pada perut Edward.

Ashry dah tahu semuanya! Tambahan lagi berita isterinya telah ditangkap.

Sebaik sahaja mereka keluar dari istana Aksary. Mereka terus dapat berita daripada Edward mengenai Qaisara.

Tanpa membuang masa, Ashry terus pecut menuju ke tempat Edward.

"Ashry sudah!"Marah Rose menghalang. Ashry telah melampui batas.

"A-aku terpaksa!"

"Bullshit!"Api Ashry semakin membaran apabila mendengar ayat Edward buatkan Qarizh terpaksa bangun menahan tubuh Ashry dari terus menghentam Edward.

Iman hanya diam dengan suara yang bisu. Wajahnya dingin dengan pandangan kosong memandang Edward dipukul oleh Ashry.

Dia juga geram dengan tindakan Edward.

"Aku minta maaf"

Buk!

"Pergi mampus kau punya maaf!"Maki Ashry kuat seraya memberi tumbukan padu pada wajah Edward.

Qarizh terus mengheret tubuh sahabatnya jauh dari Edward manakala Alvin dan Imran menolong Edward.

Qaisara adalah kunci utama mereka menjalankan misi ini. Begitu juga kejadian 19 tahun yang lalu. Setelah Qaisara pulang, Ashry bertekad tidak akan membiarkan wanita itu ditangkap lagi oleh pihak musuh itu.

Dan sekarang? Qaisara dengan mudah berada di tangan sang musuh sedangkan pasukan yang bersama Qaisara pulang dengan selamat.

mahu dia tidak mengamuk? Tambahan lagi, lelaki yang pernah mencintai isterinya pula tu.

"Ashry sabar.."Pujuk Iman perlahan. Baru sahaja dia mahu bersuara apabila melihat keadaan semakin huru hara.

"Jangan suruh aku sabar lah! Bini aku tengah mengandung! Kau ingat aku boleh tenang hah?!"Marah Ashry dalam keadaan tak stabil. Otaknya bercelaru memikir keselamatan Isterinya.

"Sabar ry.. Kita masih ada cara lain untuk selamatkan Qaisara"Pujuk Imran juga perlahan.

"Macam mana lagi?! Kau sendiri tahu bahaya ka-.."

"Habistu, apa yang kau nak buat sekarang ni sial?!"Tengking Iman kuat buatkan semua orang tergamam. Tak pernah-pernah wanita ini tinggikan suara kepada lelaki itu.

Ashry diam sambil nafas yang masih berombak. Matanya tajam memandang Iman yang juga naik hantu.

"Tak guna kau nak mengamuk bagai nak gila! Bini kau takkan boleh balik dekat kau sekarang ni!"Sambung Iman kuat. Dia juga tak tertahan melepaskan marah yang menggunung.

Dia memendamkan semua rasa marah tetapi Ashry sudah mencabar dirinya.

Iman menghembus nafasnya perlahan.

"Aku juga ada peluang yang besar untuk selamatkan Qaisara time itu. Tapi ini adalah arahan Qaisara untuk kami berundur. Kau pun tahu, tiada siapa yang boleh lawan arahan dia!"Luah Iman setelah lama berdiam. Mata wanita itu mula berkaca.

Bila difikirkan kembali.

Siapa lagi mahu memberi info kepada pihak Mevre jikalau semuanya telah ditangkap?

Itu rancangan Qaisara. Dia juga tidak menjangka bahawa dia ditangkap.

Mereka juga berharap Qaisara terlepas walaupun salah seorang dari mereka ditangkap.

MEVREWhere stories live. Discover now