BAB 57

2K 190 14
                                    

"Qarizh dah berbincang belum dengan Iman? Keluarga belah sana ada kata apa-apa tak? Mas kahwin dah tahu belum?"

Tak tenang Qarizh dibuatnya apabila Permaisuri In ara masih tak henti-henti tanyakan dirinya tentang perkahwinan itu.

"Bonda..Kalau ye pun excited, kasi la Rizh makan dulu..Tak tenang ni"Sampuk Qarizh dengan mulut penuh makanan.

"Ish, bonda lagi tak tenang.. Selagi Rizh tak jawab soalan Bonda, lagi tu bonda tak tenang."

Qarizh mengaru kepalanya.

"Apa kata bonda pergi tanya Iman sendiri. Dia yang lambat bagitahu kata putus dekat Rizh, Macam mana Rizh nak buat keputusan kan?"Qarizh cuba untuk tarik Iman masuk dalam masalahnya.

"Tak adanya, bonda.."Qaisara menyampuk yang entah dari mana dia muncul.

"Qarizh lamar Iman pun macam bagi arahan, memang patut si Iman tu tak bagitahu kata putus lagi dekat dia. Padan muka"Ejek Qaisara yang menyakitkan hati.

Qarizh mula meraup wajahnya dengan kasar. Habislah..

"HAH?!!!"Bonda terkejut. Matanya mula memandang tajam kearah Qarizh.

"Apa?"

Pap!

"Aduh!.."

"Kamu ni seorang raja tau! gentlemen la sikit."Marah permaisuri Inara kepada Qarizh. Dahi qarizh berkerut.

"Eh budak, macam mana kau tahu?"Soal Qarizh tak puas hati.

"Iman kawan aku gila. Dia bagitahu aku pagi tadi, kau pergi mana? Membuta sampai senja ni baru nak bangun. Mentang-mentang hari cuti"Perli Qaisara serdas. Naik panas si Qarizh dibuatnya.

"Laki kau yang membuta juga, kau tak banyak songeh."

"Aku baru balik kerja"Dingin sahaja Ashry menyampuk sambil berjalan mendekati Isterinya. Qaisara tersenyum sinis kepada Qarizh.

"Kerja apa woi.. hari cuti ni kita enjoy, yang kau terlebih rajin dah kenapa sahabat?"

"Ah sudah, tak payah nak tukar cerita sangat. Baik kau jawab je soalan bonda."Kata Qaisara sambil bangun dari tempat duduknya. Dia menarik Ashry pergi dari meja santapan tersebut.

"Goodluck!"Ujar Ashry simple sebelum mengikut langkah isterinya.

Qarizh mengaru kepalanya sambil memandang wajah bondanya yang sudah masam.

"Ala bonda.. Hal kecil la, nanti Rizh bincang dengan Iman lagi ye?"

"Malam ni!"

"Aduh bonda, Rizh ada lawan fifa dengan Imran la malam ni. Tak boleh"

"Jangan nak mengada! Kamu settle masalah kamu dulu baru buat yang lain. Jangan nak pandang remeh dengan perkara macam ni, Sekali kamu melepas.. nak menyesal pun tak de guna. tahu tak?"

"Yela yela, Rizh settle semuanya malam ni juga"Cebik Qarizh dibuatnya. Matanya menjeling kearah pintu ruangan santapan. Tahu sangat Qaisara tengah skodengnya.

Nak gelakkan dia la tu!

Ashry memeluk tubuh sambil memandang Qaisara yang terbongkok menjenguk Qarizh yang masih dibebel oleh permaisuri Inara. Nak perkenakan orang cukup mau!

"Bila kita nak naik atas ni?"Soal Ashry bosan. Matanya memandang tubuh belakang Qaisara yang tidak memandangnya.

"Ah..Kau naik lah dulu, nanti aku naik"

Berkerut dahi Ashry dibuatnya. Tadinya suruh tungguh, sekarang suruh pergi? Sengaja buat dia naik darah ke apa ni?

Terus tangan Ashry menarik bahu qaisara agar memandangnya.

MEVREWhere stories live. Discover now