BAB 68

2.1K 195 6
                                    

"Tuan Peter?"Qaisara terdiam seketika sambil merenung gambar itu lama.

Tok! Tok! Tok!

Qaisara tersentak dengan bunyi ketukan.

"Ya?"

"Sara, Ni suami kamu datang ni. Mari turun"Suara Rose kedengaran dihadapan pintu bilik kerjanya.

Qaisara berpaling.

"Ashry datang?"Suaranya berkata tak percaya. Bukankah dia disembunyikan ke? Tak risiko ke kalau lelaki itu datang?

Tok! Tok! Tok"

"Sara.. kamu ada kat dalam tak?"Soal Rose lagi apabila tiada sahutan dari Qaisara.

Qaisara tersentak.

"Y-a Aunty. Sara ada, Kejap lagi Sara turun"Laung Qaisara.

"Yela, Jangan lama-lama dalam bilik itu. Tinggal kejap kerja tu, nanti sambung okay?"

"Baik"

Qaisara berjalan menuju ke tangga. Mahu turun ke ruang tamu.

kedengaran suara yang riuh itu buatkan Qaisara berkerut kecil. Ashry tak keseorangan?

"Sara?!"Panggil Iman teruja sambil berjalan menuju ke arah Qaisara. Qaisara yang masih hairan hanya berpaling dengan kerutan di dahi.

"Iman?"

Buk!

Iman memeluk tubuh Qaisara dengan kuat.

"Wowowowo lepas lepas. lemas aku"Kata Qaisara sambil menepuk perlahan belakang Iman.

"Aku bersyukur gila kau selamat"Luah Iman yang sudah mencebik. Dia melepaskan pelukan itu.

Qaisara hanya menghadiahkan senyuman manis.

"Come on lah Iman, Aku belum mati lagi."

"Ha baguslah! Aku hampir mati disebabkan kau tau tak? Kalau kau mati time tu, sia-sia je pergorbanan aku"Balas Iman dengan geram. Qaisara memang tak ada perasaan.

At least berterima kasih lah woi! Dasar kawan.

Terus Qaisara melepaskan tawa kecilnya.

"Aku gurau je lah, Terima kasih sebab berkorban demi aku"Kata Qaisara sambil memeluk tubuh Iman sekilas. Dia juga paling bersyukur apabila melihat Iman masih selamat.

Masih dia ingat, Iman dan Mikayla tumbang disebabkan ingin menyelamatkan dirinya yang hampir ditangkap oleh penjahat.

Matanya sedikit membulat apabila teringatkan Mikayla.

"Weh, mana Mikayla? dia selamat tak?"Soal Qaisara sambil memandang wajah Iman. Hatinya berdegup kuat.

Reaksi wajah Iman juga berubah apabila soalan itu keluar. Qaisara menelan air liur kesat apabila reaksi Iman berubah itu.

Ada apa-apa terjadi ke pada Mikayla?

"Dia dah jadi orang kelainan upaya"Balas Iman sedih.

"Sunggup biadap ya bakal permaisuri ni?"Sampuk satu suara dari arah belakang. Qaisara dan Iman berpaling.

Kelihatan Mikayla yang sedang duduk di atas kerusi roda. Matanya tajam memandang Iman.

Dibelakangnya pula, Ayden segak menolak kerusi roda itu manakala Imran pula disebelah Ayden.

"Well, betul apa? At least aku ada kaki untuk berjalan. Kau? Ada kaki saja tapi kena duduk atas tu juga"Sindir Iman dengan senyuman sinis. Mikayla menjeling tajam. Mentang-mentang boleh berjalan.

MEVREWhere stories live. Discover now