BAB 28

2.7K 270 20
                                    

"Fuyo! Camera siak"

"Pergh! Dapat perfume woo"

"Apa ni baju seksi. Cliche la bagi baju ni.. dah la tak lawa"

Cebik Qaisara memandang baju seksi tersebut.

Ya, Dia sedang membuka satu persatu hadiah perkahwinannya.

Qaisara kini sedang duduk bersila di atas lantai dekat tengah-tengah alam disebabkan nak buka hadiah perkahwinan mereka.

"Asal kau tak pakai je?"

"Allahuakbar!"Ucap Qaisara terkejut apabila melihat Ashry yang sudah berdiri sebelahnya.

Pak!

"Kau ni, Cuba bagi salam sebelum nak tanya aku. Terkejut tahu tak?!"Bebel Qaisara sambil menampar lembut kaki Ashry.

Wajah Ashry hanya kosong. Kisah?

Dia mula bersila bersebelahan Qaisara sebelum baju seksi yang dikatakan Qaisara diambil.

"Elok je aku tengok?"Ujar Ashry sambil membelek baju itu. Matanya memandang Qaisara yang mencebik.

"Haa kau pakai la"Ujar Qaisara selamba. Dia mencapai satu lagi kotak besar.

Ashry hanya diam memandang Qaisara yang excited membuka hadiah itu.

Rajinnya bini aku koyak kertas hadiah malam-malam.

"Fuyo, Ps5 Siak"Ujar Qaisara gembira buatkan Ashry mengerutkan dahinya. Rumahnya dah ada jadi dia tidak berasa gembira.

Ceh! Untunglah kaya.

"Ni kalau Iman tahu, Confirm dia suka ni"

"Bagi jela dekat Iman" Terus Qaisara menjeling tajam kepada suaminya.

"Kau ni agak-agak lah, Ni hadiah kahwin kita tahu tak?"

"Rumah aku dah ada"

"Tu rumah kau, Bilik ni tak ada lagi"Ujar Qaisara selamba.

Dia bangun mendekati TV yang sudah ada dalam biliknya.

"Kau nak buat apa?"Soal Ashry dingin. Takkan nak pasang malam-malam ni?

"Nak pasang lah, Nak main."

"Tak payah!"

"Aish Ashry.. Aku nak main"Bentak Qaisara dengan wajah yang berkerut.

"Aku cakap tak payah, Takpayah lah! Kenapa degil sangat?!"Marah Ashry mendatar buatkan Qaisara mencebik.

Air mata mula bertakung.

Dahi Ashry berkerut melihat Qaisara diam berdiri tegak dengan wajah yang menunduk.

"Or-ang teringin nak main. Dia tak pe la, dah ada"Perlahan sahaja Qaisara berkata.

Ashry mula melepaskan nafas lemah. Budak ni kang.

Kemudian, Dia bangun mendekati Qaisara. Sebelah tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar pendeknya. Matanya kosong memandang Qaisara.

Dah besar gajah pun manja.

"Kita main esok okay?"Pujuk Ashry lembut. Matanya memandang Qaisara yang masih menunduk.

Qaisara hanya diam.

"Sayang.."

"Kau dah tak sayang aku"Sampuk Qaisara dengan air mata mengalir. Mula dah.

"Apa yang kau merepek ni"Ujar Ashry dengan suara yang mendatar. Wajahnya dingin memandang Qaisara.

"..Time nak kahwin dulu, Kau selalu tak de masa dengan aku. Selalu pentingkan kerja dari aku. Aku ni siapa bagi kau, Ashry?"Sambung Qaisara dengan esakkan kecil.

MEVREWhere stories live. Discover now