BAB 61

1.9K 184 15
                                    

Selesai sahaja majlis pertunangan Iman dan Qarizh. Mereka terus bergerak ke Hospital besar tentera.

Qarizh yang baru tiba terus diangkut juga ke sana. Keputusan ini dibuat sendiri oleh Qaisara dan Ashry hanya membenarkan.

Beberapa buah kenderaan mewah masuk dalam perkarangan Fenry. Banyak juga kenderaan dari tentera-tentera yang lain.

Mungkin mahu menuntut ahli tentera elit mereka.

Qaisara keluar dari kenderaan Fenry. Matanya tanpa berpaling hanya berjalan laju masuk dalam Hospital sana.

"Kapten Sara!"Beberapa tentera Fenry mula berdiri sebelum mengangkat tangan hormat.

"Saya nak jumpa ketua pasukan ini"Ujar Qaisara dingin. Seorang lelaki dari belakang tentera berpaling.

"Saya kapten"Qaisara berpaling. Matanya memandang nama lelaki itu.

'Zayn'

Lelaki itu juga cedera dibahagian kepala.

"Saya nak ambil keterangan dengan lebih lanjut, Awak sudi?"Soal Qaisara kepada Zayn.

Zayn menangguk perlahan. Matanya memandang belakang Qaisara. Kelihatan tentera hebat dari Mevre juga hadir.

Tak dinafikan,

Mikayla juga hebat semasa peperangan darurat itu.

**********
"Misi itu dah selesai, Penduduk semua selamat dan hanya beberapa orang sahaja yang cedera."

"Tapi kami semua terperangkap sebaik sahaja mahu pulang ke pangkalan. Kenderaan yang kami naik tu jatuh gaung.."

Iman menekup mulutnya tak percaya. Matanya memandang Rita..

Dia dan yang lain kini duduk di bilik yang lain tetapi rakaman suara dan bilik tersebut tersiar pada mereka.

Ya, Bukan qaisara seorang sahaja yang mendengar.

Qarizh, Ashry, Ayden dan Imran diam memandang screen besar itu.

"..Kami fikir, Kami akan mati tetapi dia.."Zayn menelan air liur kesat sebelum meneruskan percakapannya.

"..Dia yang bawa kami keluar dari situ. Ada satu gua kecil yang bawa kami turun ke pekan. Sebuah pekan yang asing bagi kami"

Qaisara tergamam. Jangan kata..

"Dan pekan tu kami terpisah dengan Mikayla buat kali pertama.."

"Buat kali pertama?"

Zayn mengangguk kecil. Dia memandang tepat wajah Qaisara.

"Keduanya di sempadan, Ketika itu.. Saya baru sahaja meminta pertolongan dari Fenry."Zayn mengeluarkan satu cip kecil dan diberi kepada Qaisara.

"Mikayla minta saya beri ini kepada Puan.."Qaisara memandang cip itu. Hatinya mula berasa tidak sedap hati.

"Cukup sampai sini sahaja saya ambil keterangan ni, Terima kasih kerana berkerjasama. Soal yang lain, jangan risau... Tentera kami akan uruskan. Dan kalau awak ada lagi nak bagitahu, Berjumpa sahaja dengan saya atau pegawai atasan Fenry."

Zayn mengangguk faham. Qaisara mula bangun.

"Bawa dia ke bilik rehat"Arah Qaiasara dingin sebelum berjalan melangkah pergi.

Baru sahaja dia mahu pergi, Zayn mula bersuara..

"Puan.."

Qaisara berhenti melangkah. Zayn berpaling memandang Qaisara.

"Dia kata, Lelaki tu punca kejadian 19 tahun dahulu.."

Badan Qaisara mengeras.

Qarizh dan Ashry yang baru bangun itu terus tersentak. Apa?

MEVREWhere stories live. Discover now