BAB 8

3.1K 270 9
                                    

"It's your turn , Aria" Kedengaran suara Iman di earpieces.

Aria tersenyum sinis sebelum merengangkan badannya dihadapan komputer mahal itu.

"Alright! Vin, back up aku"Kata Aria kepada Alvin.

"Semestinya,"Alvin menjawab dengan tenang. Jarinya laju menekan papan kekunci.

Ashry berjalan masuk dalam kawasan Helfer. Dia berjalan menuju kearah Iman yang berdiri tegak menghadap bangunan helfer.

Tentera Mevre turut berdiri tegak dibelakang mereka.

Adyen dan Qarizh sudah bersedia memegang senjata mereka lalu berdiri bersebelahan Ashry.

"3"Aria mengira sambil tangannya menekan laju di papan kekunci.

Iman mengenggam senjatanya. Dia yang berada di antara para lelaki itu mula merasa kekok. Dia mengemaskan topeng dimukanya. Identitinya masih dijaga rapi oleh dirinya.

"2"Qarizh memandang Ashry dan Ayden dengan sekilas.

Dan..

"1!"

Serentak itu bunyi siren kedengaran kuat. Pintu dan tingkap banggunan Helfer terbuka dengan sendirinya.

Bang!Bang!Bang!Bang!Bang!Bang!Bang!Bang!Bang!

Mereka semua berlari dengan serentak masuk dalam bangunan itu sebelum bunyi tembakan kedengaran.

Tentera Helfer baru sahaja muncul. Mereka juga membalas setiap serangan daripada Mevre.

Buk!

Ashry jatuh apabila terkena sepakkan padu oleh pihak lawan.

Dia berdengus geram sebelum kakinya diangkat untuk menendang perut lelaki itu sehingga terjatuh. Pantas sahaja dia bangun menyepak kepala lelaki itu sehingga lelaki itu jatuh pengsan.

"Ashry belakang kau!"Ayden berkata kuat dari arah belakang.

Ashry mengelak laju.

Zap!

Pedang tajam itu lalu betul-betul disebelahnya.

Wajah Ashry mula bengis. Dia mengundur sambil mengeluarkan pedang di sisinya.

Senyuman sinis terbentuk cantik dibibir Ashry sebelum dia bertindak untuk menghunas pedang itu ke bahu lelaki itu.

"Arghh!"Jerit lelaki pihak lawan. Dia tidak sempat mengelak. Ashry sangat pantas darinya.

Dalam keadaan sakit. Lelaki itu juga menghunas pedangnya kearah Ashry. Taknak kalah!

Ashry sempat mengelak serangan itu tetapi pedang lelaki itu terhiris sipi di bahu Ashry.

Ashry mengetapkan rahangnya. Pedih!

Bang!

Lelaki itu jatuh menyembah lantai. Ashry berpaling memandang si penembak. Iman!

Iman turut memandang Ashry.

"Mereka ambil kesempatan untuk aim kau masa kau dalam kesakitan. Jadi, hati-hati."Kata Iman mendatar. Matanya memandang Ashry.

Ashry menganggukkan kepalanya sebelum mula merengangkan Tubuhnya.

Iman berlari pergi meninggalkan Ashry. Dia ingin menguruskan pihak lawan yang lain.

Ashry memerhati ahli tenteranya. Mereka berjaya menjatuhkan pihak lawan.

"Maju kehadapan semua!"Arah Ayden dengan kuat sebelum dia memberi sepakkan terakhir untuk pihak lawan. Sepakkan padu itu terkena di kepala pihak lawan sehingga jatuh pengsan.

MEVREWhere stories live. Discover now