BAB 51

2K 195 15
                                    

Mesyuarat besar diadakan dengan secara mengejut! Ahli-ahli atasan semuanya bersedia untuk berkumpul di bilik mesyuarat.

Pasti ada masalah besar yang telah mereka ketahui. Bermakna, Rahsia Qarizh menyembunyikan kesalahan Iman telahpun terbongkar.

Qarizh mula berdengus geram. Hatinya rasa tak tenang, Dia mula rasa tak sedap hati.

Ashry dan Ayden pula hanya diam menenangkan diri masing-masing.

Semuanya bercelaru memikirkan mesyuarat tersebut. Mereka seperti sudah dapat baca apa yang akan dibincangkan sekejap lagi.

"Mana Imran?"Soal Ashry dingin tanpa memandang sesiapa.

Ayden berpaling..

"Katanya, Dia nak jumpa seseorang"

"Bila dia keluar?"Soal Qarizh pula.

"Semalam"

Mereka hanya mengangguk perlahan.

Klak!

Wajah Imran muncul. Dia segak memakai pakaian yang lengkap. Wajahnya pucat.

"Kau okay tak?"Soal Qarizh dingin. Imran muncul dengan wajah tak bermaya. Apa dia tak cukup tidur kah?

"Aku okay"Dingin sahaja suara Imran. Dia mengambil tempat duduk di sofa empuk milik Qarizh sebelum dia memejamkan matanya perlahan.

"Kau macam tak sihat je. Betul ke kau nak join meeting kejap lagi?"Soal Ashry dingin.

Ashry dan Qarizh berpaling memandang wajah Imran.

"Aku okay"Sepatah sahaja Imran berkata.

Baru sahaja Qarizh mahu bertanya, Dia terhenti apabila ketukan pintu menarik perhatiannya.

Tok tok tok

klak!

Wajah Syed Abbasay muncul.

"Mesyuarat nak start, Jom"Syed Abbasy mengajak mereka semua.

Ashry, Ayden, Qarizh dan Imran mengangguk serentak.

Mereka dengan serentak bangun dan berjalan menghampiri pintu tersebut.

bilik mesyuarat dituju.

*********
"Iman Aira binti Ikmal."Kedengaran suara Davies garau.

Semua pihak atasan memenuhi bilik mesyuarat.

Qaisara tak dapat nak hadir atas sebab kesihatannya. Dia dari awal lagi telah diugut oleh Ashry.

Iman bangun dari tempat duduknya.

"Saya, Tuan."Jawab Iman sebaik berdiri tegak menghadap Davies.

Davies memandang Iman dengan pandangan dingin. Matanya kembali memandang laporan yang diberi oleh pihak mereka.

"Laporan telah menyatakan yang kamu masuk ke dalam sistem Mevre tanpa pengetahuan ketua sistem. Adakah ia betul?"Soal Davies kepada Iman. Wajahnya membeku memandang Iman.

Iman diam seketika dengan tenang. Dia menghembuskan nafas perlahan sebelum menjawab..

"Ya.. Say-.."Percakapan Iman terhenti apabila mendengar bunyi ketukan dipintu.

MEVREWhere stories live. Discover now