BAB 14

2.9K 258 16
                                    

Qaisara teruja melihat suasana dibelakang Istana itu. Sungguh cantik sehinggakan dia mahu tidur di situ.

Terdapat banyak pokok-pokok cantik berserta dengan pelbagai bunga disitu.

Sangat Aesthetic.

Rama-rama berterbangan menarik perhatian Qaisara. Angin sempoi-sempoi membuatkan lagi suasana itu tenang.

Tempat hilangkan stress pun boleh ni.

Meow

Qaisara terhenti apabila mendengar suara anak kucing.

Meow.

Laju sahaja Qaisara menoleh mencari suara kucing itu.

Kedengaran pada longkang besar. Qaisara membulatkan matanya apabila melihat anak kucing menangis meminta tolong.

Ibu kucing itu pula sedang berusaha menolong Si anak yang berada di dalam longkang itu.

"Heyy! Jangan lompat"Kecil sahaja suara Qaisara. Dia berlari anak mendekati si kucing itu. Panik melihat suasana sebegitu.

Baru sahaja dia mahu masuk kedalam longkang besar itu. Qaisara tersentak apabila terdengar suara garau dibelakangnya.

"Dah tak puas teroka taman belakang sorang-sorang ke? sampai nak teroka dalam longkang pula?"Suara garau itu menarik perhatian Qaisara. Qaisara berpaling melihat lelaki bersuara garau itu.

Ashry tenang berdiri tegak memandang dingin kearah Qaisara. Sebelah tangannya di masuk kedalam kocek seluarnya.

"Ashry!"Ashry hanya diam memandang Qaisara yang terkial-kial untuk bangun itu.

"Tolong aku!" Qaisara berkata sebelum bertindak menarik lengan Ashry berjalan mendekati longkang itu. Ashry hanya mengikut langkah Qaisara.

Meow

Baru Ashry tahu kenapa Qaisara beria mahu masuk ke dalam longkang.

"Cepat Ashryy!"Kata Qaisara sambil mengoyang lengan Ashry. Ashry berdengus geram sebelum mengeluarkan sebelah tangannya dari kocek seluar.

"Yela, sabar"Kata Ashry sambil lipat kedua lengan baju kemejanya sehingga ke siku.

"ke belakang sikit"Arah Ashry mendatar. Qaisara hanya menurut tanpa soal. Dia diam melihat perbuatan Ashry.

Ashry melutut dengan badannya bongkok untuk mengambil anak kucing. Tangannya yang panjang itu mencapai si anak kucing itu.

Meoww

"Ye aku nak ambil la ni"Kata Ashry perlahan apabila si ibu kucing memandang mata Ashry. Qaisara tertawa perlahan.

Tangan Ashry yang berurat itu mencapai si anak kucing sebelum ditarik naik keluar dari longkang itu.

Laju sahaja ibu kucing itu mengesel dikaki Ashry. Ashry meletakkan anak kucing itu kepada ibu kucing.

Qaisara dengan ceria meninggung rapat ke kucing itu. Wajahnya ceria sambil tangannya mengusap kepala kucing itu.

"Terima kasih, Ashry" Ujar Qaisara memandang Ashry yang sudah bangun menepuk seluarnya.

"Hmm"

Qaisara tersengih. Dia tahu Ashry malas melayannya.
Tangannya spontan menyapu anak kucing itu.

Meow Meow Meow.

"Hehehe awak comel laaa"Kata Qaisara comel kepada si kucing. Kucing itu kelihatan manja dengan dirinya.

"Sudah, Mari masuk. Dah lewat petang ni"Ajak Ashry mendatar. Qaisara berpaling memandang Ashry.

"Tapi kita tak bagi nama lagi dekat kucing ni"Ashry berkerut memandang Qaisara.

MEVREWhere stories live. Discover now