BAB 9

2.8K 274 24
                                    

Ringg!!

Loceng keselamatan berbunyi kuat di dalam bilik atasan sebaik sahaja pintu itu terbuka.

Tuan Adam serentak apabila mendengar bunyi loceng itu.

Baru sahaja tangannya mahu membuka butang keselamatan...

BUM!

Ada lagi satu bunyi hempakkan kuat di pintu besinya.

BUSH!

Pintu itu dengan mudah jatuh dihadapan Tuan Adam. Tuan Adam terkejut melihat pintu besinya yang sudah roboh dihadapannya.

Ashry masuk ke dalam bilik itu. Wajahnya sangat dingin.

"Siapa kau?!"Tuan Adam berkata dengan kuat. Tangannya mahu menekan butang keselamatan tapi tersentak apabila terdengar bunyi tembakan.

Bang!

"Arghh!"Tangan Tuan Adam berdarah. Dia memandang Ashry yang tenang menembak tangannya.

"Apa yang kau nak dari aku hah!?"Amuk Tuan Adam dengan kuat.

Wajah Ashry dingin memandang Tuan Adam yang dalam kesakitan. Sebelah tangannya masih lurus mengacu pistol itu ke arah Tuan Adam manakala sebelah lagi tangannya masuk ke dalam koceknya.

"Apa yang saya nak dari Tuan Adam? erm.."Ashry berkata formal. Dia menjatuhkan tangannya sebelum melihat peluru yang terisi di dalam pistol itu.

Tinggal lagi 1 peluru.

"Hanya tinggal satu lagi peluru. Saya nak Tuan Adam mati"Ujar Ashry tenang. Dia kembali mengacu pistol itu di kepala Tuan Adam.

Tuan Adam menelan air liur kasar. Matanya masih memandang Ashry.

Ashry menjeling sekilas sebelum berjalan mendekati Tuan Adam.

"Oh sorry for being RUDE! Nama saya, Syed Ashry Adrian . I bet you know me. a lot."

Tuan Adam tergamam mendengar nama itu.

*******
Bang! Bang! Bang! Bang!

Bush!

Sarah terus berlindung dirinya di sebalik dinding. Tangannya kemas mengenggam senjata.

"tch!"

Luka tembakannya yang lama tergesel kuat di dinding itu. Dia berdecit perlahan. Pedih!

"Sarah! Kau okey tak?"Tanya Aria gelabah.

"Aku okay"Sarah menjawab perlahan. Dia memegang perutnya perlahan.

Tiba-tiba

"Kami hilang Tuan Ashry dan Tuan Qarizh. KAMI MINTA PERTOLONGAN!"Suara team Qarizh kedengaran di earpie! Terbutang mata Sarah.

Baru sahaja dia mahu berlari tetapi Aria menghalangnya.

"Plan dulu Sarah! Jangan pergi melulu!"Marah Aria kuat. Sarah berdengus geram sebelum matanya memandang sekeliling.

"Helfer licik, Aria! Terlepas pandang mungkin ramai akan terkorban."Kata Sarah bernada risau, Dia memeriksa peluru senjatanya.

Baru sahaja dia mahu bergerak tapi lengannya direntap kuat oleh Aria.

"Kau gila nak pergi seorang diri. Dalam tu berpuluh Helfer yang akan bunuh kau hidup-hidup!"Aria berkata kuat lagi. Dia marahkan Sarah! Sanggup berkorban dengan seseorang! Dia mengenggam kuat lengan Sarah.

Sarah melepaskan nafas lemah sebelum berpaling memandang Aria.

"Aku seorang tentera, Aria. Ke mana sahaja aku pergi, Pasti ada kematian. Aku berjanji untuk menempuh risiko bahaya. Kau tahu kan prinsip aku?"Ujar Sarah tenang.

MEVREWhere stories live. Discover now