BAB 69

1.9K 174 13
                                    

"Aku nak stay dengan Qaisara, Boleh?"Soal Mikayla tiba-tiba. Dia memandang semua orang yang sedang memandangnya.

"Buat apa? Kau akan bebankan dia ada laa"Kata Iman laju dengan dahi berkerut. Mikayla menjeling tajam.

"Aku bukan apa, Aku cuma nak tolong Qaisara cari lelaki tu secepat mungkin. Lagipun, aku kan tengah bercuti? Apa salahnya kan?"

"Sangat salah.. Kaki kau tu tempang sebelah tau. Nak berak pun kena orang gendong.. ada hati nak tolong orang"

"Iman.. Kejam sangat tu ayat kau."Tegur Qaisara dengan senyuman. Iman tersengih. Sengaja nak mengusik Mikayla.

"Aku serius, Iman"Kata Mikayla dengan dingin.

"Okay sorry.."Kata Iman laju. Cepat-cepat dia melabuh bersebelahan dengan Qarizh. Qarizh hanya mengeleng kecil. Nak mengusik orang laju je tapi bila orang gentak sikit dah lari.

"Idea yang bagus, Sekurang-kurangnya Qaisara ada back up"Kata Ayden yang sudah lama diam itu. Matanya berpaling memandang Ashry.

"Back up apa nyaa? kau tak nampak ke ka-.."

"Diam lah sakai"Marah Mikayla geram menyampuk ayat Iman. Iman terus menyembunyi di belakang Qarizh.

Qaisara melepaskan tawa kecil. Makin nakal dah Iman ni.

Ashry diam sambil memikir sesuatu. Ada betulnya juga. Tak akan dia nak berharap pada Irvan dan Rose ketika dia tiada? Tambahan lagi, mereka berdua pula sudah tua

"Boleh"Ashry membenarkan Mikayla. Dia juga tahu, Otak Mikayla juga pantas.

MIkayla tersenyum kecil.

"Kami kena gerak sekarang.."kata Qarizh setelah berdiam lama. Dia bangun dari tempat duduk.

"berehatlah dulu disini, Sudah lewat malam ni.. Esok saja balik okay?"Kata Irvan bangun memandang Qarizh. Qarizh mengeleng kecil.

"Kami tak boleh duduk disini lama-lama"Kata Qarizh memandang sekilas ke arah Qaisara. Qaisara diam. Dia tahu kenapa.

"Tapi jangan risau, kami akan datang lagi. Tolong berhati-hati"Kata Qarizh bagi menenangkan hati Qaisara. Dia tahu, Qaisara tak nak berpisah.

Mereka semua perlu berjaga-jaga. Lokasi mereka tersangatlah penting kerana orang-orang 'dia' masih belum berputus asa untuk mengambil Qaisara.
Alasan apa untuk mereka mengambil juga masih belum diketahui.

"Bye Bye, Qaisara. Jaga diri tu elok-elok! Jangan buas sangat"Kata Iman di dalam kenderaan Qarizh.

"Diam lah kau, pergi blah cepat"Kata Qaisara tanpa perasaan. Iman mencebik.

"Dasar kau"Qaisara ketawa kecil. Dia memandang kenderaan itu keluar dari perkarangan rumah itu.

Pin!

Mikayla angkat tangan. MAtanya memandang kenderaan itu sehingga hilang dari pemandangannya.

"Apa spekulasi kau sampai sanggup duduk disini"Soal Qaisara tanpa memandang Mikayla. Dia cukup kenal Mikayla yang suka bertindak tiba-tiba.
Mikayla tersenyum sinis.

"Aku tahu kau sembunyikan sesuatu. Dari tadi aku tunggu tapi kau tetap berdiam.."Kata Mikayla tanpa memandang Qaisara.

Qaisara mengerutkan dahinya.

"Kau merepek apa?"Soal Qaisara dengan wajah tenang. Mikayla tersenyum sinis.

"Heh.."Dia berpaling memandang Qaisara.

"..Aku tahu kau pilih untuk bergerak solo."Kata Mikayla mudah. Dia mula memeluk tubuhnya.

Qaisara mengetapkan rahangnya dengan kuat. Dia berdecit kecil. Dah agak bahawa Mikayla akan tahu dengan cepat.

MEVREWhere stories live. Discover now