BAB 25

2.4K 223 8
                                    

"Auch! perlahan sikit, Iman"Decit Qaisara sambil menahan sakit. Iman merawatnya seperti ajak gaduh.

Tubuh Qaisara terdedah dan hanya dibaluti singlet dan seluar panjang adidas milik Iman.

Pakaian Putih Qaisara itu terpaksa dibuang. Sudah koyak serta banyak darah yang terlekat. Buat apa simpan?

Arul pula berdiri setia di luar bilik rehat Iman.

"Tahu pun sakit, Orang ajak pergi Hospital.. kau tak nak!"Marah Iman sambil menjahit luka Qaisara.

Walaupun luka Qaisara tak dalam. Tetapi, luka itu terkoyak besar membuatkan dia perlu dijahit.

Faham-faham la tentera jahit macam mana? Barang ubatan tak beberapa lengkap.

Qaisara mengerutkan dahinya perlahan. Sakit? Dia cuba bertahan.

Sakit ini hanyalah sementara.

"Aku tak nak timbulkan masalah, Iman. Aku nak kahwin tak lama lagi-.."

"Dah tu! Asal pergi cari masalah hah?!"

Pak!

Qaisara mengetapkan giginya menahan sakit apabila bahunya pula ditampar.

"Lelaki tu serang aku lagi"Qaisara memberitahu perlahan buatkan tangan Iman terhenti dari terus menyapu ubat.

"Siapa?"

"Erique"

"What?!"Sungguh dia terkejut. Matanya membulat memandang Qaisara yang tenang itu.

Terlepas jua tangannya dari mahu mengunting lebihan jahitan. Nak kemaskan sebelum balut dengan kain bersih.

"Habistu, Asal kau tak balas balik?! Arul dekat mana time tu?! Ya allah, Jantan tu psiko Sara!"

"Aku tak sempat nak balas. Dia dah lari dulu bila nampak Arul. Aku pun Redha jela, tengok dia cabut"Ujar Qaisara dengan tenang.

"Qarizh tahu tak?"

Qaisara mengeleng manakala Iman mula meraup wajahnya dengan kasar.

"Takkan si Arul tak bagitahu dekat Qarizh?!Ya allah.. Apa nak jadi kau orang berdua ni!"

Sungguh tertekan.

"Aku yang tak bagi dia bagitahu Qarizh. Nanti banyak jantan tu nak bebel."

"Sara kau ni asal bebal sangat? Lelaki tu psiko, bila-bila masa saja boleh bunuh kau .. tahu tak?!"Marah Iman bengang. Sungguh dia bengang dengan Qaisara yang hanya ambil mudah bagi isu sebegini.

Nak mati dulu ke BARU NAK BERTINDAK?!

"Ak-.."

Klak!

"Hey dear!"Sergah Ayden dengan suara risau.

Ayden pelik melihat Arul dihadapan pintu bilik rehat Iman. Mereka bersembang agak lama sehinggakan Arul terlepas kata bahawa Qaisara ditikam.

Terus sahaja dia menerjah masuk.

Qaisara dan Iman terkejut dengan sergahan Ayden. Mata Qaisara membulat apabila sedar bahawa dirinya hanya dilitupi singlet sahaja.

"Woi! aku tak pakai baju gila!"Ujar Qaisara gelabah. Dia bangun untuk sembunyi.

"Eh Sara be-.."

Tanpa Iman berkata habis, Qaisara mencabut kasar benang yang masih tergantung disisi pinggangnya.

"Ah!"Terbongkok badan Qaisara menahan sakit yang terlampau.

"Itu la kau, Gelabah sangat kenapa."Kata Iman sambil selimutkan tubuh Qaisara agar menutup tubuh terdedah.

MEVREWhere stories live. Discover now