BAB 12

2.9K 285 27
                                    

BOM!

Qarizh menundukkan kepalanya dengan esakkan.

"ARIA!!!"Suara Qaisara kedengaran buatkan Iman membutangkan matanya.

Ashry dan Qarizh pantas mengangkat kepalanya.

Pihak Mevre juga melihat. Masing-masing dengan wajah terkejut.

Bang! Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakkan kedengaran.

Terdiam. Apakah?

Tiba-tiba seorang lelaki berjalan tenang sambil memapah tubuh Qaisara yang lemah.

Asap yang tebal itu membuatkan mereka semua tidak dapat mengecam muka.

Pihak Mevre bersedia mengacukan senjata kearah mereka. Takut ia adalah musuh.

Semakin mereka hampir. Rose seakan tergamam memandang lelaki itu.

"Irvan?"

"Sara!"Ujar Iman seraya berlari mendapatkan Qaisara. Qaisara berpaling lemah sebelum berdiri sendiri tanpa pegangan Irvan.

Irvan hanya menurut.

Qaisara memandang wajah gusar Iman itu sebelum wajahnya berkerut menahan sakit.

"Ambulans!"Kata Qarizh kuat seraya berlari mendapatkan adiknya. Dia menelan air liur memandang Qaisara yang lemah itu.

Kekok?

Ya.

Ashry juga berlari menghampiri mereka. Dia melihat wajah Qaisara yang penuh dengan luka. Dahi Qaisara juga mengalirkan darah.

"Ar-ia.."Qaisara berkata sambil air matanya tumpas. Dia terduduk melutut walaupun Iman menahan dirinya. Dia tetap lemah.

Irvan diam menundukkan kepalanya. Dia berjalan mendekati isterinya, Rose Acea.

"D-ia.. dah tak ada"Ujar Qaisara dengan esakkan. Dia menundukkan kepalanya.

Iman terkaku. A-pa?

Mata Iman berpaling memandang bangunan yang musnah itu.

"Semua salah aku, Iman"Qaisara perlahan. Dia mula menyalahkan diri sendiri. Qarizh lantas memeluk tubuh adik perempuannya.

Qaisara menunduk dengan tanggisan.

Sakit.

Lantas sahaja memori peperangan terakhir pasukannya. Memori dimana, Dia ditangkap oleh Ashry.

Kemudian , Memori dimana. Aria menyelamatkan dirinya dari ditimpa dinding.

Mereka berpisah sebaik sahaja melihat Aria ditembak oleh Tuan Adam lagi sebelum bangunan itu runtuh.

Dirinya pula ditarik oleh Irvan keluar dari tempat tersebut.

"Aku punca team kita mati!.."

"..Aku lah punca Aria mati!.."

"Semuanya salah aku!" Qaisara berkata kuat.

"Shuhhh shuhh.. bukan salah Sara.,"Pujuk Qarizh perlahan. Dia juga mengalirkan air matanya.
Tubuh kecil Qaisara dipeluk oleh Qarizh. Sangat erat.

Pak!

Iman jatuh terduduk.

Dia mengigit bibirnya menahan esakkan keluar.

Ayden mula menghampiri Iman. Dia bertindak untuk menepuk bahu Iman dengan perlahan. Dia cuma mahu memberi kekuatan.

Rose pula diam memerhati Qaisara yang berada dalam pelukan Qarizh. Matanya berpaling memandang Irvan yang sudah berada disisinya.

MEVREWhere stories live. Discover now