BAB 67

1.8K 185 9
                                    

"Ashry yang bawa uncle lari"Pengakuan itu betul-betul buatkan Qaisara terkedu.

"Ap-a?"

"Memang dari awal dia tahu yang uncle akan dibunuh.. Pada hari lelaki itu serang, Ashry ambil kesempatan untuk bawa Uncle lari. Sama juga dengan Aunty...

"Dia juga macam kamu Sara. Tak percayakan sesiapa. Sedangkan Arul juga dia langsung tak percaya dari awal.."

Mata Irvan memandang sekeliling ruangan rumah itu. Dia melepaskan keluhan lemah.

"..Dan Ashry juga sediakan rumah ini untuk kita bersembunyi."Qaisara mengenggam kedua tangannya seperti penumbuk. Dia marah.

"Jadi dia tahu semua ni akan berlaku? Kenapa dia tak bagitahu Qaisara dari awal? Apa dia juga tak percayakan Qaisara?"Soal Qaisara kecewa. Irvan hanya tersenyum nipis sebelum mengeleng.

"Dia tak sangka benda ni akan jadi macam ni, Ini semua kerja Allah.. Kita hanya mampu merancang dan allah yang menentukan. Itu yang Ashry usahakan sebelum ini."

"Sekurang-kurangnya dia perlu bagitahu Qaisara! Bukan merahsiakan!"Kata Qaisara agak emosi. Nadanya tertinggi.

"Dia cuma tak nak kamu tertekan.."

Qaisara tertawa sinis. Tertekan? Apa lelaki itu tidak tahu apabila semua ini berlaku dia orang pertama yang sangat tertekan?

Qaisara bangun dari tempat duduknya dengan kasar.

"Ridiculous! Sebab apa yang d-.."

"..Sebab dia tahu kamu mengandung, Sara!"Sampuk Irvan pantas buatkan Qaisara tergamam. Terus dia berpaling memandang Irvan dengan mata yang membulat luas.

"What?"Perlahan sahaja suara Qaisara berkata. Irvan hanya mengangguk kecil.

Ashry tahu?

Qaisara terdiam seketika. Dia betul-betul terkejut.

"H-How?! Sara tak pernah bagitahu sesiapa lagi!"Ujar Qaisara tak percaya. Dia berani bersumpah, Tiada siapa yang tahu kewujudan janin dalam perutntya kecuali dia dan doktor di klinik.

Irvan melepaskan tawa kecil.

"Dia suami kamu, Qaisara.. Jadi dia tahu perubahan isteri dia macam mana"Qaisara terdiam. Irvan bangun dari tempat duduknya. Kepalanya hanya mengeleng kecil dengan senyuman nipis.

"Sudah, Jangan fikirkan sangat. Kamu tidur dulu ya.. Esok kita nak guna tenaga yang banyak"Kata Irvan sambil berjalan menghampiri pintu bilik Qaisara.

Qaisara hanya berdiam diri. Mulutnya seakan terkunci. Automatik, Dia tidak tahu untuk bercakap.

Ashry memang cekap. Hanya sekadar mata yang memerhati.. Dia sudah dapat meneka dengan tepat.

Tiba-tiba jantungnya berdengup laju. Perasaannya mula berubah.

Dia berancang untuk memberi kejutan kepada keluarganya sebaliknya dia sendiri terkena kejutan itu. Semuanya berubah dengan pantas, Hanya sekelip mata

Dirinya seakan lemas. Perasaannya mula bercampur buatkan dirinya keliru.

Dan dia juga berasa menyesal kerana membiar berita itu dengan rahsia. Sedangkan permaisuri Inara dan Ashry sudah tahu sendiri bahawa dirinya berbada dua.

Qaisara tertunduk. Matanya jatuh memandang ke arah perutnya. Adakah dia patut gembira sekarang ni?

Hatinya sebak. Matanya mula berkaca apabila mengingati wajah keluarganya.

Tanpa dia sedar.. Air matanya mengalir laju ke pipi.

"Sara minta maaf abang.."

"Buwekkk!"Tertunduk Ashry di singki itu. Matanya terpejam menahan perit.

MEVREWhere stories live. Discover now