BAB 40

2.5K 217 8
                                    

Waktu sudah larut malam, Kelihatan Qarizh sedang melakukan kerjanya disatu pondok mewah bersebelahan Istana itu. Wajah Qarizh serius memandang skrin laptopnya.

Pondok itu lengkap dengan lampu dan kipas. Meja juga telahpun disediakan dengan kayu mahal. Memang selesa untuk buat kerja.

Jari Qarizh berlari laju diatas papan kekunci. Menaip setiap perkataan untuk menyelesaikan kerja-kerjanya yang takkan pernah habis.

"Rizh.."Ashry datang membawa 2 cawan kaca.

Qarizh berpaling.

"Eh adik Ipar... Lu buat apa kat sini? Dah lewat malam ni"

Ashry tertawa perlahan sebelum sebelah tangannya menghulur 1 cawan kaca.

Qarizh menyambut huluran Ashry.

"Saja.. nak lepak dengan lu"Jawab Ashry melayan perangai Qarizh.

Dia duduk bersebelahan Qarizh.

"Hekeleh laki orang ni, Nak lepak dengan wa konon"Kata Qarizh menyampah.

"Kira bagus tau, wa nak lepak dengan lu yang muka dah macam hilang bini ni"Sindir Ashry dingin. Qarizh tersedak.

"Uhuk uhuk uhuk!"

"Ish, minum perlahan la sakai.. Minum air pun gelojoh pahal?"Marah Ashry sambil menepuk belakang Qarizh dengan perlahan. Kasi redakan batuk.

"Uhuk—Kau tu pahal gila?"Soal Qarizh dengan wajah merah. Menahan sakit tekak.

"Aku pula pahal? Kau dah kenapa ni setan?"Soal Ashry geram.

"Kau kata muka aku macam hilang bini, kenapa?"

"Laa kenapa?"Soal Ashry kembali. Hairan.

"Aku tak kahwin lagi tau, Mana ada bini?!"

"Aku kata macam hilang bini...Maaa cammm! Kau ni bodoh ke pekak?"Sindir Ashry lagi buatkan Qarizh mengetap rahangnya menahan amarah.

"Kau duduk sini lagi buat aku stress tahu tak? Baik kau lepak dengan bini kau yang sengal tu.."

Baru sahaja Ashry mahu membalas. Ada satu suara yang menyampuk dengan nada yang kuat.

"ORANG DENGAR AH!"Marah Qaisara yang tiba-tiba muncul.

"Ha elok, Bini dia pula mai. Silap haribulan, Aku mati dekat sini"Ujar Qarizh pasrah.

Ashry tersenyum sinis.

"Kau pahal cakap pasal mati ni? Kau dah nak mati sangat ke bang?"Soal Qaisara dengan mulut penuh makanan.

Dia duduk berhadapan Qarizh sambil kakinya bersila diatas kerusi kayu itu.

Qarizh menjeling tajam. Budak ni kang.

"Ha jeling-jeling"

"Diam ah budak!"

"Budak ni lah yang kahwin dulu tau. Harap kau?.."Mata Qaisara memandang Qarizh atas bawah.

"..Jadi teruna tua lah jawabnya"Sambung Qaisara pedas.

"Wah kau.."Wajah Qarizh berubah.

"Haa aku apa?!"

"Makin kurang ajar mulut kau ni. Ni kalau aku lempang mulut kau, berterabur gigi kau atas jalan tar tu hah.."Marah Qarizh emosi. Qarizh mula bangun untuk serang Qaisara tetapi dihalang oleh Ashry yang masih selamba duduk. Tangan dia sahaja menarik tubuh Qarizh duduk kembali.

"Ha meh-meh"Qaisara seakan-akan mengapikan suasana.

Qarizh bengang. Nak je dia hempuk adiknya itu.

"Sudah la tu, Sara. Kita ke sini kan nak bincang pasal majlis pertabalan Qarizh"Pujuk Ashry perlahan.

MEVREWhere stories live. Discover now