BAB 66

2K 191 10
                                    

Sebaik sahaja pulang dari makam. Mereka terus bergerak ke Hospital besar.

Iman memandang Ashry yang agak kusut itu. Wajah lelaki itu agak berserabut. Pasti dia sangat tertekan untuk mencari isterinya yang hilang.

Dan Iman tahu, Ashry sangat takut untuk kehilangan Qaisara buat kali kedua ini lagi.

Manakala Qarizh, Ayden dan Imran juga ada.

Mereka kini berada di dalam bilik hospital. Ya, Iman ditahan oleh pihak hospital memandangkan kesihatan Iman masih belum kuat.

Mikayla?

Dia ditahan dalam bilik ICU. Tubuh Mikayla masih kritikal. dia dijumpai dalam keadaan sangat lemah. Tubuhnya seolah-olah mandi dengan air darah.

Manakala Iman pula, dijumpai jauh dari lokasi Mikayla dijumpai. Keadaannya juga lemah dan tak mampu untuk berjalan. Hanya suara yang lemah meminta pertolongan.

"Apa yang dah jadi sebaik kau bertiga masuk hutan sana? Apa dah jadi pada adik aku?"Soal Qarizh yang lama berdiam. Iman hanya diam menunduk.

Matanya terpejam apabila teringatkan keadaan mereka di dalam hutan tersebut.

Flashback

Buk!

Mikayla jatuh apabila tubuh itu semakin lemah.

"Mika!"Panggil Iman yang memapah Qaisara. Baru sahaja dia ingin berpusing kembali.. Mikayla menghalang. Qaisara juga berpaling lemah.

"Jan-gan.."Kata Mikayla kuat. Matanya memandang sekilas ke belakang.

"Bawa Sara pergi dari sini. Biar aku lambatkan mereka"

"Aku tak mahu!"Sampuk Qaisara mengetap rahangnya.

"We don't have any choice Sara.. So, please go!"Kata Mikayla dengan tegas

"Aku tak nak hilang orang yang aku sayang lagi lah bodoh!"Qaisara menjerit kuat sambil air mata yang mengalir.

Sesungguhnya, Dia bencikan situasi ini. Situasi dimana dia tidak mempunyai pilihan lain lagi.

Mikayla terdiam memikir sesuatu. Dia memandang beberapa musuh yang sudah hampir dengannya.

"We're here!"Suara walkie talkie di seluar Mikayla. Hampir terlupa bahawa dia mencuri walkie talkie Arul.

Arul sengaja memegang walkie talkie mevre agar mereka boleh berundur dengan cepat tetapi malangnya, Mikayla lebih pantas.

Dia berpaling memandang kembali ke arah Qaisara dan Iman.

"Just go! Aku akan datang dekat kau dengan selamat! Trust me!"Kata Mikayla cuba menyakinkan Qaisara. Qaisara mengeleng berkali-kali. Tidak mahu pergi.

"Pernahkah aku tipu kau?"Soalan itu buat Qaisara terdiam. Mikayla tidak pernah mungkir janjinya.

Bang!

"Pergi!"

"Jom Sara!"Iman bertindak menarik tubuh Qaisara sebelum mereka melompat ke bawah. Mereka berlari laju agar musuh-musuh itu tidak dapat jejak mereka.

Baru 10 minit mereka berlari. Mereka tercungap-cungap disebalik pokok.

"Kita dah lari jauh.."Ujar Qaisara dengan nafas yang tercungap-cungap. Iman hanya mengangguk kecil.

Krak!

Bang!

Dengar sahaja ranting pokok di pijak. Iman dengan pantas menembak bunyi itu dan..

MEVREWhere stories live. Discover now